Jangan Lupa Kejar Pahala Ini Bila Dah Jadi Isteri, Rupanya Mudah Betul Seorang Isteri Nak Masuk Syurga.

 

Kita kahwin sebab nak cari keredhaan dan rahmat Allah bukan? Malah kita kahwin juga adalah cara kita mengumpul pahala dengan lebih banyak bukan? Sebabnya dalam alam perkahwinan ini, adalah cara paling mudah untuk suami isteri saling mengumpul pahala.

Nak-nak lagi buat isteri-isteri ini. Bila telah bergelar isteri ini, jangan lepaskan peluang untuk kejar pahala yang menjadi bekalan diakhirat kelak. Sebabnya, bila sudah menjadi isteri pelbagai perkara yang dilakukan mudah untuk mendapat pahala.



Kita bercinta-cinta hendak masuk syurga bukan?



Ini cara seorang isteri kutip pahala sambil penjam mata bersama suami, sambil-sambil itu dapat jadi penyejuk hati suami kita.

• Sekali suami minum air yang disediakan oleh isteri lebih baik daripada berpuasa setahun.

• Menjaga anak-anak dengan baik demi suaminya, dapat menjadi benteng menahan api neraka jahanam.

• Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri mengerjakan haji dan umrah.

• Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.

• Mandi junub isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

• Tidak akan putus ganjaran daripada Allah kepada seorang isteri yang siang malan menggembirakan suaminya.
• Setiap niat dan pemikiran yang baik terhadap suaminya menjadi tasbih (zikir) buat isterinya.

• Apabila meninggal dunia seseorang isteri dan suaminya redha, nascaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)

• “Seseorang wanita yang mengerjakan sembahyang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.”

Mudah betul seorang isteri ini nak kumpul pahala, lagi-lagi bila kita lakukan sesuatu perkara itu dengan seikhlas hati demi suami kita kekasih halal dunia dan akhirat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,939 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen