Kesian Isteri Tahan Sakit Kepala Seorang Diri, Apa Kata Suami-Suami Cuba Tips Ini Dekat Isteri.

 

Dengan masalah kerja di pejabat, kurang rehat yang mencukupi malah kadang kala ada masalah yang tak selesai itu mungkin menjadi punca mengapa seseorang itu sakit kepala dan alami stress. Bila sudah berkahwin kadang kala susah sikit kita nak dapat rehat yang cukup, lagi-lagi kalau anak sedang begitu aktif ke sana sini.

Itu yang kadang kala boleh naik hantu juga dengan pasangan kita ini. Mana tidaknya dah penat, pastu rasa bagai ditambah-tambah penatnya itu, lagilah buat mereka ini rasa nak mengamuk.



Apabila kita jadi seorang suami atau isteri, cuba untuk jadi penawar kepada setiap penyakit yang dirasai oleh pasangan kita. Kalau tak dapat tolong banyak pun, sikit-sikit pun sebenarnya sudah membantu.

Bila isteri kita sakit kepala atau stress, suami-suami boleh cuba lakukan tips ini. Insya- Allah akan berkesan melegakan rasa pada isteri.



Selepas selesai solat bersama, baringkan isteri di riba suami, tangan kanan suami letakkan dikepala isteri sambil picit kepala isteri dengan pelahan.

Bacakan surah al-fatihah berulang-ulang sehingga isteri lega atau tertidur.

Jangan lupa kucup dahi isteri dengan penuh kasih sayang, sambil berkata "saya sayang awak" InsyaAllah sakit kepala/stress isteri seharian bekerja dan menjadi surirumah akan hilang.

Kalau suami-suami sakit kepala pun, isteri boleh cuba tips ini. Mudah dan ringkas malah dapat eratkan hubungan suami isteri lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen