Semua Benda Nak Kena Minta Izin Dulu, Belum Jadi Yang Sah Lagi Dah Mula Sekat Sana Sini, Perlu Ke?

 

Rasanya ramai yang berbuat demikian, sering meminta izin pasangan untuk berbuat apa-apa sedangkan belum mempunyai ikatan yang sah. Mungkin beranggapan bahawa rasa taat perlu dibentuk awal sebelum kahwin lagi. Namun adakah perlu semua itu?



Sering juga kita dengar keluhan daripada mereka yang tidak dapat mengikuti apa-apa program bersama rakan gara-gara pasangan kekasih tidak izinkan. Hal ini pastinya turut memberi kesan kepada rakan-rakan di mana mereka merasakan sedikit hampa dan kecewa apabila ada di antara rakan mereka tidak dapat menyertai aktiviti bersama. Namun ianya lebih memberi kesan kepada lelaki apabila teman wanita tidak mengizinkan dia menyertai aktiviti berkaitan hobinya seperti memancing, bermain futsal dan sebagainya. Secara tidak langsung ia juga akan malu kepada rakan lelaki yang lain.



Tidak salah mengawal pasangan, namun jangan sampai mengongkong sehingga menyebabkan si dia rimas. Benar cemburu itu wujud, namun jangan sampai keruhkan keadaan dan memburukkan hubungan yang terbina. Jika sebelum kahwin sudah mengongkong dan menyekat semua aktiviti pasangan, bagaimana apabila sudah kahwin nanti? Pastinya hubungan tidak akan aman dek kerana perasaan sakit hati apabila semua benda dihalang.

Kerana itulah pentingnya kepercayaan. Tanam sifat saling percaya terhadap pasangan, jika dia benar sayang kita sebagaimana kita sayangkan dia, pastinya dia tidak akan buat perkara yang anda risaukan itu. Sebaliknya jika anda menyokong minat dan hobinya, pasti dia semakin saying kepada anda. Begitu juga teman lelaki yang mengawal pergerakan teman wanita, mahu keluar membeli belah dengan kawan-kwan juga disekat, ataupun jika diizinkan, perlu membuat laporan setiap masa kepadanya. Walaupun saling saying, namun perasaan rimas pasti akan lahir walau secebis sahaja.



Kita baru sahaja bercinta, belum tentu menjadi suami isteri yang sah, untuk apa kita menghalang walaupun menggunakan alasan sayang, sedangkan ibu bapa mereka ini memberi kebebesan untuk mereka membuat pilihan. Percaya pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah, kalau bukan dia jodoh anda sudah tentu akan digantikan dengan lebih baik lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen