Bukan Majlis Kahwin Je Nak Meriah, Lepas Kahwin Nak Juga Hidup Selesa. Ini Antara Punca Kenapa Pengantin Baru Berdepan Masalah Kewangan.

 

Selain bersanding di atas pelamin bersama orang yang kita cintai, tinggal bersama mereka ini juga satu kebahagiaan dan keseronokkan yang belum tentu semua pasangan dapat rasai. Tapi itulah, ramai diantara kita ini hanya memikirkan hari persandingan sahaja, tak ramai yang fikir akan kehidupan selepas berkahwin.

Kehidupan selepas berkahwin sebenarnya lebih bererti malah ia akan menjadi saat yang mendebarkan. Mana tidaknya, selepas habis kesemua wang digunakan macam mana nak survive selepas itu.



Buat yang bakal berkahwin, sudah bertunang atau lagi dua tiga bulan nak kahwin, ini yang anda kena fikir-fikirkan sebelum hanguskan duit dalam masa sehari je.

Antara punca pasangan mengalami masalah kewangan selepas berkahwin.

1. Honeymoon tempat mahal.

Memanglah honeymoon ini digalakkan, tetapi ia perlu diukur mengikut badan sendiri. Di mana, kalau tak mampu dekat tempat mahal, cukuplah kalau dekat tempat murah-murah je. Kalau tak mampu nak keluar negara cukuplah kalau dalam negara je, tapi itulah ramai yang memilih nak ikut trend artis-artis melancong bila masuk bab bulan madu ni.

2. Tiada persediaan wang selepas berkahwin.

Orang hanya akan fikir duit untuk majlis perkahwinan serta persandingan sahaja, kehidupan selepas kahwin? Tak ada yang memikirkannya. Sebab itu ramai antara kita akan buat majlis besar-besaran tapi selepas kahwin senyap je. Mana tidaknya duit dah habis dalam sehari itu.



Tak salah kalau kita nak buat majlis besar-besaran, tapi kenalah tahu bahawa hidup selepas berkahwin itu sebenarnya lebih bermakna dan jauhi lagi perjalanan. Dari berhabis dalam masa sehari, baik simpan untuk selepas kahwin nanti.

3. Terus nak hidup selesa.

Normallah kalau selepas kahwin kita hidup menyewa dulu, bahkan kalau tidur atas toto pun perkara biasa juga. Mana tidaknya, baru nak mula hidupkan. Janganlah nak bebankan suami kita dengan nak rumah mewah ataupun kelengkapan yang serba serbi.

Mulakan dengan bersederhana dahulu, barulah sesuai guna perbahasa “susah senang sama-sama”. Malah hubungan yang dimulakan dengan kesusahan bersama ini lebih bahagia sebenarnya.



4. Tiada sefahaman dalam kewangan.

Perkara yang paling membimbangkan adalah apabila tiada kesefahman dalam menguruskan kewangan. Haa, perkara ini sebenarnya yang paling penting. Kalau seorang boros, seorang lagi kuat menyimpan, memang susahlah nak berkerjasama dalam kewangan. Tapi kalau salah seorang nak bertolak ansur mungkin ia akan menjadi mudah.

5. Nak gaya hidup sama dengan orang lain.

Orang kata “ukur baju di badan sendiri”, kalau kita tak mampu nak hidup senang macam orang lain, maka kita kenalah mula slow-slow bina hidup bersama pasangan kita. Kalau lepas kahwin nak hidup macam orang yang dah lama kahwin memang pening lah kepala nak memikirkannya.

Perlu diingatkan, bukan majlis persandingan kita je yang bermakna tetapi kehidupan selepas berkahwin itu jauh lebih bermakna sebenarnya. Apa-apa pun, bincang seeloknya dengan pasangan masing-masing, jangan gaduh-gaduh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen