Bila Dah Kahwin Jadilah Isteri Yang Melengkapi & Suami Pula Menyempurnakan, Barulah Rumahtangga Lebih Bahagia.

 

Orang selalu cakap hargai seseorang itu selagi dirinya masih ada, selagi dia masih setia disisi malah selagi dia ada susah senang kita. Itulah seorang isteri, tak pernah jemu dalam menyokong setiap tindak tanduk suaminya, malah tidak pernah mengeluh bila meringankan beban suaminya bahkan tak pernah jemu untuk menemani suaminya.

Bila dah kahwin ini, hidup kita akan berubah dengan drastik. Yang paling mudah nak nampak adalah dulu tidur sendiri kini sudah ada peneman. Dulu kita si lelaki ini, terpaksa masak maggi tapi kini isteri hidangkan pelbagai jenis juadah.

Bersyukurnya kita sebagai seorang suami mempunyai isteri yang melengkapi apa yang kurangnya pada diri kita ini. Tak akan itu tak cukup lagi?

Isteri itu melengkapi apa kurangnya suami, macam perkongsian daripada Abu Hurairah ini, isterinya itu pelengkap hidupnya.



“Dulu kita malas nak bangun pagi, dan kadang tengahari baru bangun. Sekarang kita bangun awal sebab isteri kita kejutkan. Kalau kita rasa malas, dia akan peluk kita, pujuk kita dan sampai mandikan kita.

Dulu kita tak tahu sarapan apa, bangun je apa ada depan mata, kita makan je. Sekarang kita makin berselera. Dia buatkan sarapan untuk kita, tanya kita nak makan apa. Roti cicah kopi pun rasa macam spaghetti!

Dulu kita boring-boring tengok tv seorang diri, kadang jalan-jalan nak hilangkan sunyi. Sekarang kita dah ada dia. Menemani ke mana saja kita pergi. Hingga dalam bilik air pun berdua sekali mandi.



Dulu nak basuh baju malas. Bertimbun membungkit melangit baju kotor. Dah basuh, malas nak lipat, semua kita masukkan dalam almari sampai padat. Sekarang baju semua dah tersedia. Buka almari baju tersusun rapi. Ada ruang T-shirt, ada ruang seluar. Malah seluar dalam pun tersusun rapi.

Inilah sebab mengapa saya selalu memikirkan peranan saya sebagai suami.

12 tahun dia melakukan hal ini tanpa jemu.



Allah lebihkan pada seorang isteri itu perasaan, dan Allah lebihkan pada seorang suami itu Kesabaran.

Marahnya, rajuknya, panas sejuknya, semua itu memerlukan kekuatan sabar dan doa yang paling tinggi buat sang suami.

Terima kasih kepada isteri kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini.

Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Dan, itulah sebab mengapa saya menjadi lelaki baik buat dirinya dan anak-anak di rumah hari ini.

Kerna saya mendapat isteri yang tak sempurna, lalu saya belajar menjadikan semua ini bahagia.”

"You complete me."

Abu Hurairah

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen