"Kita Lambat Jodoh, Ada Baiknya Sebenarnya..."

 

Bila tengok rakan-rakan sebaya sudah mula ke arah rumahtangga dan berkeluarga, kita sahaja yang masih lagi bersendirian sedang mencari jodoh entah sesat ke mana. Kadang kala, sampai malu nak berjumpa dengan rakan-rakan sebabnya masing-masing sudah angkut anak-anak dan suami, kita je yang masih angkut diri sendiri.

Bila lepas je solat, tak pernah kita lupa untuk memohon jodoh yang baik buat diri ini. Kadang itu sampai menangis saat berdoa kerana tak tahan dengan kata-kata orang sekeliling. Mana tidaknya, hanya kita je yang masih belum berkahwin.



Itu belum lagi, sampai salahkan diri sendiri sebab jodoh masih tak muncul-muncul. Tak cukup dengan itu, kadang rasa nak marah dekat orang sekeliling yang tak habis-habis tanya dan push untuk mencari jodoh.

Bukan tak nak kahwin, nak… itu impian setiap insan tapi nak buat macam mana jodoh masih bersembunyi lagi.

Jangan sedih kalau jodoh masih tak munculkan diri, jangan sedih kalau orang kata diri kita ini tak laku. Jangan sedih kalau hubungan putus ditengah jalan. Semua perkara ini sudah tentu ada hikmah yang baik untuk kita terima dikemudian hari.



Kita yang lambat jodoh ini, ada baiknya….

Jangan pandang yang negatif sahaja, tapi kita lihat sudut positifnya.

Setiap ketentuan dan perancangan Allah itu sudah tentu ada baiknya untuk diri kita.

Mungkin kita lambat dapat jodoh untuk berikan kita peluang berkhidmat untuk ibu bapa kita. Masa yang terluang untuk mereka juga lebih banyak, malah kita lebih fokus dalam menjaga hati dan perasaan mereka ini.

Bila kita dah berumahtangga, lebih susah nak tolong mak ayah kita. Kita perlu utamkan keluarga dan anak-anak dahulu, baru dapat tolong mak ayah.



Ramai yang tak nampak akan kebaikan perkara ini sebab merasakan jodoh itu adalah perkara yang utama. Sedangkan, ibu ayah ini adalah orang yang lebih penting sebelum kita dapat pasangan hidup kita.

Kalau kita buat baik pada mak ayah kita, tak mustahil mereka akan doakan kita agar dapat pasangan yang baik. Pasangan yang sesuai dengan anaknya yang baik itu. Malah selalunya doa ibu bapa itu adalah paling mustajab diantara semua doa.

Jadi tak sia-sia kalau kita ambil masa yang ada ini menghargai, meluangkan masa serta menjaga ibu bapa kita. Ini kerana, masa-masa yang ada bersamanya mereka ini belum tentu sampai bila lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen