Tempoh Bertunang Memang Mencabar, Itu Yang Kalau Tak Betul-Betul Akan Buat Hubungan Putus Tengan Jalan. Tapi Selalunya Putus Tunang Sebab Apa?

 

Apabila hubungan telah masuk fasa satu hubungan yang lebih serius seperti pertunangan, maka kedua-dua pihak biasanya telah fokus kepada ke arah perkahwinan. Tapi itulah, ramai yang menganggap bahawa tempoh bertunang ini adalah tempoh yang mana pasangan tersebut kena berkahwin juga akhirnya.

Sedangkan tempoh ini sebenarnya adalah masa untuk kita kenal lebih dalam bakal pasangan kita serta keluarga mereka. Sebab itu orang kata tempoh bertunang ini lebih sukar berbanding masa bercinta. Ini kerana, masa inilah nampak apa kurangnya pasangan kita.



Tempoh bertunang ini adalah tempoh kita kenal pasangan, bukannya bila dah bertunang ini wajib kahwin. Tak salah pun kalau tali pertunangan itu putus ditengah jalan, sebabnya kitakan mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita.

Jangan malu kalau pertunangan terputus atau apa pun, tapi sebenarnya ada kebaikan yang boleh dilihat dan dinilai berdasarkan perkara tersebut.

Tapi orang selalu putus tunang sebab apa ek? Ini antara punca putus tunang yang selalu sangat terjadi.



1. Tak matang.

Waktu bertunang inilah waktu yang tepat nak tahu bahawa pasangan kita itu dah sedia ke nak pikul tanggungjawab selepas kahwin. Dah ready ke dia nak hadapi cabaran dan ujian yang mendatang secara matang. Sebabnya kematangan seseorang ini akan memudahkan lagi hubungan yang terbina.

2. Tunang kena sailang.

Masa ini juga boleh tahu yang tunang itu jenis boleh nampak dahi licin ke, boleh tahan tengok lambang H ke atau apa pun. Sebabnya kalau dia boleh tahan dengan godaan seperti ini maka dia akan setia di sisi sampailah kahwin, tapi kalau tak tahan memang kena sailang lah cerita dia.



3. Tunang lama sangat.

Sebab itu orang tua-tua pesan, kalau nak bertunang jangan lama-lama sangat. Paling lama pun setahun je. Kalau sampai sampai 2 atau 3 tahun ini, memang boleh hilang sabarlah menunggu kan, malah ujian pun makin banyak. Kalau dah bertunang, cepatkan majlis nikah itu.

4. Hantaran tinggi sangat.

Tak mudah nak kumpul duit berpuluh ribu dalam masa yang sekejap. Nak-nak lagi kalau si lelaki ini hanya kerja biasa-biasa je. Lagilah dia punya gigih nak kumpul duit sampai sanggup makan biskut kering je. Tapi dapat pula bakal isteri yang tak boleh sabar nak kahwin awal tapi nak majlis ‘gah’, memang boleh jadi punca putus tunang bro!



5. Terhasut dengan orang sekeliling.

Orang sekeliling pun kadang-kadang memainkan peranan yang penting. Ala macam, kalau dia tak suka dengan tunang, dia pun mula la buat cerita yang bukan-bukan. Nak dengar boleh percaya jangan, kadang-kadang mereka ini hanya nak rosakkan hubungan je.

6. Balik ke bekas kekasih.

Jadi selama ni si dia masih teringat akan kekasih lamanya, jangan sedih okay! Dia tak move on lagi, tak apa biarkan. Yang penting anda move on untuk jumpa seseorang yang ikhlas sayangi korang seadanya.

Jangan malu nak putus tunang sebab nak jaga air muka keluarga, daripada terpaksa kahwin dengan orang yang salah. Masih banyak lagi calon yang sesuai dekat luar sana.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 506,382 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen