Yang Single Nak Tahu Apa Orang Mabuk Cinta Selalu Buat? Jom Baca Ni, Jangan Jealous Pula.

 

Kalau tengah mabuk cinta ni, kiri kanan memang dia tak pandang dah. Apa yang dia pandang hanya kekasih hati dia je. Kehangatan cinta ini biasanya akan dirasai saat awal-awal perhubungan je. Ala, kalau dah kahwin pun, masa baru-baru kahwin je sweet dan romantik dah lama-lama hilang la semua itu.

Sama juga dengan mereka yang mabuk cinta, mula-mula je tak pandang lain tapi bila hubungan dah terlalu lama, mula lah pandang kiri kanan. Tapi apa-apa pun dia orang ada lah jugak calon jodoh, berbanding kita ni yang masih tak nampak jodoh dekat mana.



Kalau korang dah lama tak bercinta, mesti rindukan saat-saat masa ada kekasih dulu kan. Bahkan mesti korang pun buat perkara yang sama macam ni juga kan?

1. Berangan.

Orang yang mabuk cinta ni biasanya kuat berangan, siang malam, pagi petang asyik berangan je kerjanya. Apa yang dia berangankan? Sudah tentulah masa depan bersama kekasih hati. Bahkan banyak perancangan yang dilakukan masa berangan itu.



2. Bergayut di mana-mana.

Paling tak lari dari orang yang sedang mabuk cinta. Setiap hari pasti akan bergayut berjam-jam. Apa yang paling tak tinggal adalah bergayut pada waktu malam. Bab ini, ada yang sampai tertidur-tidur punya sebab kononnya takut kalau pasangannya tu rindu.



3. Sengih sorang-sorang.

Orang yang sedang mabuk cinta ni, dapat satu pesanan pun dah tersengih-sengih. Baru dengar suara pun dan tersenyum macam kerang busuk. Memang masa ini mereka ini tak lokek senyumanlah orang kata. Yang dulunya muka bengis dan kurang senyuman pun sekarang nia dah boleh nampak muka mereka berseri dengan senyuman.

4. Tunjuk sweet tak habis-habis.

Masing-masing cuba nak tunjuk siapa yang paling sweet antara mereka. Sampaikan kawan-kawan sekeliling pun rasa naik muak tengok. Tapi itu semua bukan penghalang. Kalau dulu kita ingatkan kawan kita macam tak ada perasaan keras macam tiang lampu, tapi bila bercinta dia lagi sweet dari kita ni.

Masa bercinta inilah korang boleh tengok masing-maisng punya hati. Setiap hari update status yang berkaitan cinta. Itu belum lagi masing-masing berbalas ayat-ayat romantik. Yang bujang lagi itu memang rasa nak muntah je tengok gelagat pasangan yang mabuk cinta ni.

Tapi ini adalah kenangan yang korang akan simpan sampai kahwin nanti. Buat yang single, sabar okay jodoh ada tengah tunggu tu, cuma perlu usaha je.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen