Jangan Terus Leka, "Jika Dosa Itu Berbau, Nescaya Tiada Siapa Pun Berani Keluar Rumah."

 

Sayangnya Allah terhadap kita, Dia jaga aib kita. Jika dosa itu berbau busuk, pastinya tidak ada manusia yang sanggup keluar rumah kerana busuknya diri sendiri. Hakikatnya dosa itu tidak berbau dan tidak kelihatan pada zahirnya yang menyebabkan kita terus leka kerana langsung tidak nampak kesannya pada tubuh badan.

لو كان للذنوب رائحة تفوح ما استطاع أحد منكم أن يدنو مني لما يصيبه من أذى رائحتي
“Sekiranya bagi setiap perbuatan dosa itu berbau busuk yang dapat dicium, nescaya tidak ada seorangpun yang mampu untuk mendekati diriku disebabkan bau (dosaku) yang akan menyakiti mereka”
– kata Muhammad Ibn Wasi’ Al Azdi.

Jika bau badan pun sudah mampu menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain, bau mulut selepas bangun dari tidur, atau bau najis selepas membuang air, apalagi jika bau dosa yang mungkin lebih busuk daripada semua itu. Nescaya tiada manusia yang sanggup melakukan dosa, akibat menanggung malu terhadap manusia.



Allah berfirman dalam al Quran Surah al-Hadid: 16, yang bermaksud;

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?
Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, seterusnya orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antara nya orang-orang yang fasik (derhaka)".



Jangan terus leka dibuai dengan dunia yang indah ini, sedangkan syurga yang menanti itu lebih indah dari yang kita jangkakan. Jangan terus leka, kita ini umat akhir zaman yang bila-bila masa sahaja boleh ada pengakhirannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen