Jangan Malu Nak Jadi Suami Yang Baik, Kalau Itu Sebenarnya Beri Kebahagiaan Dalam Diri Kita Sendiri.

 

Hati orang lelaki ini memang keras sedikit, sebab itu mereka ini tak tahu macam mana nak puji pasangan, nak tunjukkan kasih sayang serta nak pujuk pasangan mereka. Walaupun dalam hati mereka ini ada taman sekali pun, belum tentu orang lelaki mampu tunjukkan ini pada isteri mereka.

Bila kali terakhir cakap sayang dekat isteri? Lagi sebulan nak kahwin.

Bila kali terakhir cium dahi isteri? Selepas akad nikah hari itu.



Haaa… perkara-perkara macam ini pun kadang kala suami-suami susah nak buat, lagikan nak jadikan amalan.

Bukan susah sebab apa, sebab hati mereka ini keras sedikit. Konon tak nak tunjuk kasih sayang tapi dalam hati sebenarnya tersangatlah sayang pada isteri itu. Takut hilang isteri tapi tetap tak nak tunjuk betapa kasihnya pada isteri.

Itu belum lagi kalau-kalau nak bantu isteri buat kerja rumah. Sebenarnya niat hati orang lelaki nak je tolong isteri-isteri itu, tapi sebabkan ego nak kena tunggu isteri minta tolong dulu barulah nak hulurkan bantuan, sedangkan dah kasihan dekat isteri yang tak berhenti-henti uruskan rumah itu.



Orang lelaki ini memang susah nak tunjukkan kasih sayang mereka, apa yang mereka tahu tanggungjawab sebagai seorang suami seperti beri tempat pelindungan, nafkah serta didik anak-anak dan isteri itu sudah mencukupi untuk tunjukkan kasih sayang.

Jadi suami jangan malu untuk jadi suami yang baik.

Bila kita baik dengan isteri kita, malah jadi suami yang tahu erti tanggungjawab ini, sudah tentu pelbagai manfaat kita perolehinya. Antara yang selalu disebut-sebut adalah rezeki yang melimpah ruah.



Mana-mana suami sudah tentu menginginkan keluarga yang sakinah. Tapi itulah kalau nak cium dahi isteri sendiri pun malu, macam mana kita nak cari sakinah dalam keluarga kita.

Sakinah itu bukan kita lihat pada kecantikan, tetapi bagaimana hendak kita tunjukkan perkara ini dihadapan Allah swt.

Nak dapatkan sakinah:

1. Sentiasa ada keberkatan dalam rumahtangga.
2. Pastikan ada ilmu untuk membimbing keluarga kita.
3. Amalkan segala sunnah yang telah diajar dan ditinggalkan buat kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen