Bonding Semakin Kuat Kalau Suami Isteri Tahu Taktik Komunikasi Yang Betul. Ini Petuanya, Mudah Je.

 

Dalam perkahwinan ini, komunikasi yang paling penting untuk menyemarakkan lagi hubungan. Malah ia juga cara untuk pasangan suami isteri itu tahu akan keadaan pasangan masing-masing. Tanpa komunikasi ini satu hubungan yang penuh cinta pun akan pudar.

Walaupun sepasang suami isteri itu dilahirkan tanpa suara, tetapi mereka masih lagi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Nampak tak komunikasi ini sebenarnya penting dalam hubungan harian.
Tak kisahlah kalau sekadar tanya,



“Hari ini macam mana?”

“Buat apa je hari ini?”

Walaupun soalan seringkas itu, tapi ia sebenarnya mampu mengeratkan hubungan yang terbina. Jangan takut untuk berkomunikasi walaupun kadang kala ia akan melukakan pasangan, tetapi itu cara terbaik untuk kita jujur akan sesuatu perkara.



Memang kadang kala tak mudah nak berkomunikasi kalau dua-dua sedang berperang dengan ego masing-masing tetapi cari masa yang sesuai, jangan biarkan satu masalah itu tidak diselesaikan tanpa komunikasi yang baik.

Sedikit petua berkomunikasi antara suami isteri oleh Mohd Fhais ini memang boleh dipratikkan oleh mana-mana suami isteri. Nak bahagia dalam rumahtangga, komunikasilah caranya.

Petua berkomunikasi suami isteri.

Baik cara komunikasinya baik la hubungan anda nanti.

Kepada suami sebelum bercakap ambil masa 1 minit untuk fikir dulu sebelum cakap.

Ini kerana orang lelaki banyak gray matter dalam minda mereka. Gray matter ni menjadikan lelaki proses maklumat tu sangat cepat.

Itu sebab orang lelaki cakap main lepas je, lepas tu tak ingat.️

Buat isteri pula belajar la untuk luahkan perasaan sebenar jangan selindung-lindung lagi.



Berhenti berharap yang suami akan ada kuasa telepati nak ramal apa anda mahu. Sampai bila-bila pun diorang tak akan dapat ramal.

Terus terang, cakap je apa terbuku di hati direct pada suami. Dia terima atau tidak itu cerita lain.

Komunikasi ni sangat penting untuk kuatkan lagi bonding kita dengan pasangan.

Nak tak nak memang kena bercakap baru boleh jernihkan keadaan.

Wallahu A'lam,

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen