Tak Kisahlah Berapa Tinggi Pangkat Isteri Itu Di Luar Rumah, Tapi Bila Dah Bersuami, Dia Perlu Taat & Patuh Akan Suami. Isteri Bukan Ketua Keluarga.

 

Wanita sekarang ini memang tinggi-tinggi pangkatnya. Mana tidaknya, berkat usaha didikan mak ayah mereka inilah punca wanita-wanita ini berjaya. Macam orang-orang tua kata, tinggi mana pun seorang perempuan itu belajar, akhirnya akan ke dapur juga. Walaupun sekarang dah ada maid, tapi isteri tetapi perlu melayani suaminya.

Banyak isteri-isteri yang berpangkat tinggi ini mula naik kepala selepas berkahwin. Nak-nak lagi kalau suaminya itu tidak miliki pangkat yang tinggi sepertinya. Dia hanya pendang sebelah mata sahaja suaminya. Perkara sebegini tidak patut berlaku dalam hubungan rumahtangga.

Tidak kisahlah apa pun pangkat seorang isteri itu diiluar, tapi apabila di dalam rumahtangga dia tetap isteri yang perlu patuh dan taat akan suaminya iaitu ketua keluarga tersebut. Bila isteri lupa tanggungjawab, tak nak hormat suami dan sukar untuk dibimbing, ini juga sebenarnya punca penceraian.

Macam kisah yang dikongsi Firdaus Shakirin ini, isteri-isteri kena tahu batas sebagai seorang isteri, jangan ketepikan suami.



Luar rumah = Pengetua, Doktor, Pengarah, Pegawai Kanan…tapi bila dalam rumah = ISTERI…

Sentiasa kena ingat…

Masuk ja rumah, yang lebih superior dalam rumahtangga tu ialah SUAMI…

Tghari kelmarin, sembang dengan kawan-kawan dalam 6 orang…topik perbualan ialah berkenaan rumahtangga…ada seorang kawan ni, dia cerita yang dia pernah bercerai…saya tanya kenapa dia bercerai…

Dia kata, bekas isteri dia tak boleh nak ikut cara dia, tak boleh nak dengar cakap dia dan tak serasi…bekas isteri dia tu seseorang yang berjawatan tinggi dalam sektor awam dan dia seorang juruteknik kilang sahaja…

Banyak perbalahan dan perselisihan bila masing-masing berada dalam rumah antaranya sebab isteri nak buat sesuatu dengan kemampuan kewangan isteri, bukan suami…memang tak salah langsung sebab guna duit sendiri, hasil gaji sendiri…tapi bila dalam rumahtangga, perlu ada “kebenaran” dari suami untuk membeli apa yang teringin sangat nak beli tu…adakalanya bagi suami, benda tu tak dikategorikan dalam benda yang diperlukan sangat-sangat, atau nanti-nanti pun takpa, tapi bila isteri berkeras smpai suami tak boleh kata apa, maka disitu akan membuatkan suami terasa yang suaranya tak diperlukan dirumah itu untuk apa-apa keputusan…



Isteri lebih powerful dari suami…

Sebab isteri lebih dari mampu, seseorang yang tahu serba serbi, educated dan boleh buat sendiri…then saya tanya lagi, takkan sebab tu ja…dia kata ada lagi, bila balik rumah keluarganya, a.k.a orang tua suami, bekas isterinya taknak bermalam disitu dan nak balik hari…kalau dipaksa bermalam pun, bekas isterinya akan tinggal di hotel / homestay…memang takkan tidur rumah mertua…saya kata la yang mungkin dia tak selesa kot dekat rumah tu sebab dia datang dari keluarga yang kaya, yang mewah…kawan saya kata, tak jugak, orang tua isteri pun orang biasa-biasa ja, rumah biasa-biasa jgak…



Dia didik, dia ubah, dia tune lagi selagi dia boleh bersabar sehingga anak dah 2…

Tapi tak jadi, tak boleh sebab kawan-kawan bekas isteri pulak mencucuk kt tepi…nak pergi sana sini, nak beli itu ini semua nak ikut kawan-kawan, nak belanja ikut suka…kata-kata suami langsung tak dihiraukan, teguran suami tak diendahkan, nasihat suami tak berkesan…end up, dia minta cerai sebab taknak suami kongkong lifestyle dia…lepas cerai, dia takbagi suami jumpa anak-anak langsung sampai hari ni…

1st time saya dengar luahan dari kawan-kawan yang ada depan mata ni…dalam soal ni, saya taknak ulas tentang dimana silapnya untuk rumahtangga dia, cuma nak nasihatkan kepada isteri-isteri diluar sana, masing-masing ada batasan sebagai isteri, sebagai suami…jangan melebihi batas-batas yang ditetapkan…itu sahaja..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen