Bila Kena Senggugut Memang Buat Orang Perempuan Hilang Mood, Jadi Buat Bakal-Bakal Suami, Kena Tahu Tips Hilangkan Senggugut Ni, Boleh Buat Dekat Isteri Nanti.

 

Rasanya, senggugut dan kaum wanita ini memang tak dapat dipisahkan, hampir setiap bulan terpaksa menahan sakiy akibat senggugut ketika haid. Dari sebelum kahwin sehinggalah sudah miliki anak, peluang untuk berdepan perkara ini adalah tinggi.

Disebabkan kesakitan yang kadang kala tidak tertanggung hingga mengganggu rutin harian, ramai wanita sanggup menelan ubat tahan sakit seperti Panadol atau postan untuk meredakannya walaupun ramai yang tahu bahawa ia tidak baik untuk kesihatan.

Perlu diketahui pengambilan ubat tahan sakit mungkin mengurangkan seketika kesakitan tetapi ia juga boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid.



Bagaimanapun, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, bagi wanita yang kerap mengalami senggugut ringan, tidak perlulah mengambil ubat ini. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk meredakannya.



Katanya wanita tak perlu makan ubat penahan sakit seperti ponstan dan panadol. Sebaliknya lakukan amalan semula jadi ini.

Caranya mudah sahaja, minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dgn sedikit minyak atau kream panas, sudah mencukupi.

Ini kerana ramai yang mengalami kitaran haid yang terganggu bila menelan ubat tahan sakit.

Selain itu juga, beberapa petua lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan senggugut ini.



1. Tuam dengan air panas.

Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.

Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Legaaaa….!

Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi. Kalau malas, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. Minum air suam

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.

Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut. Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

3. Aktifkan diri

Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Ia dibuktikan Journal of Women’s Health melalui sebuah laman web.

Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman.

Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.



4. Ambil dark chocolate

Coklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap mampu merembeskan hormone yang menyenyebabkan badan anda terlupa akan kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada-pada takut berat badan naik pula.

5. Jaga pemakanan

Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:

Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.

Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.

Senggugut Teruk Mungkin Petanda Penyakit Lain Yang Lebih Serius

Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim.

Jadi, jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan senggugut teruk adalah endometriosis dan fibroid (cyst).

Dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar ini sepanjang bulan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen