“Jangan Terlalu Control, Insya-Allah Suami Tak Cari Lain!” – Nasihat Nora Ariffin Berguna Buat Pasangan Suami Isteri.

 

Sentiasa berpegang kepada pesanan dan nasihat ibunya dalam menjaga keharmonian rumahtangga, Nora Ariffin 46, menyatakan bahawa nasihat yang diberikan ibunya adalah kunci kebahagiaan keluarganya malah ia juga mengelakkan daripada suami berlaku curang.

Penyanyi lagu Di Persimpang Dilema ini merupakan antara selebriti yang kerap berkongsi tips dan nasihat kepada pengikutnya mengenai hal rumahtangga.



“Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik.

“Ma (emak) selalu pesan nak jadi isteri yg baik... kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang gaji yang buat.

“Taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya Allah suami tak akan cari lain,” katanya.



Malah, dirinya juga turut berpesan supaya isteri sentiasa berbakti kepada suami sebagai lambing kasih dalam hubungan.

“kepada yang masih ada suami, berbaktilah pada syurgamu dan jaga suami sebaik mungkin, walaupun dia tak sempurna.

“Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji. Ianya lambing kasih seorang isteri yang patuh pada suaminya.

“Kerana Allah… selain mendapat pahala, percaya suami akan sentiasa bersama,” jelasnya.



Terdahulu, suaminya yang juga composer Johan Nawawi meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac 2017.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen