Bila Tengah Mabuk Cinta, Jangan Selalu Sangat Dating, Kerana Dating Tak Menjamin Dia Itu Tak Curang.

 

Orang yang tengah mabuk cinta ini memang selalu rasa nak bersama je. Malah kalau sehari tak jumpa bagaikan tak lengkap hidupnya.

Mandi tak basah,
Makan tak kenyang,
Tidur tak lena.

Itulah yang dirasakan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta ini. Hati itu sentiasa berbunga-bungga, sehingga tak nampak apa yang terjadi di sekelilingnya. Orang kata bahagia sangat bukan.



Tapi itulah, kalau dah mabuk bercinta ini, tentu nak berkepit siang dan malam. Pandang muka yang sama setiap hari pun tak apa, tak jemu katanya. Namun begitu, bila bercinta perlu ke selalu nak jumpa dan berdating?

Kalau tak dating atau jumpa setiap hari, adakah ia akan mengganggu hubungan yang terbina itu?



Bukan ke kalau selalu sangat berjumpa ia akan menggalakkan perkara-perkara yang tak elok. Macam mendekatkan diri kepada maksiat atau membangkitkan hawa nafsu.

Tapi itulah, mereka-mereka yang sedang mabuk cinta ini selalunya tak fikirkan pun hal-hal seperti ini. Apa yang mereka fikirkan, jika mereka ini bahagia dan dapat meluangkan masa bersama itu adalah perkara yang paling indah untuk dirasai bersama.

Yang tengah baca ini pun sama kan?

1. Jaga macam mana pun, kalau tak ada jodoh tak ada juga.

Bila mabuk cinta ramai yang tak sedar bahawa kalau kita jaga hubungan itu macam mana sekali pun. Risau, bimbang malah selalu perhatian kepadanay tapi kalau tak ada jodoh, maka tak adalah juga. Selalunya bila kita kerap sangat jumpa pasangan kita ini sebabkan kita takut kehilangan, sebab itu kita cuba luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya.



2. Dia akan tahu menjaga hatinya kalau betul-betul tulus dengan anda.

Jangan bimbang kalau tak selalu sangat jumpa, atau tiada masa untuk diluangkan bersama. Kalau dia benar-benar menyayangi anda setulus hatinya, sudah tentu dia sendiri akan tahu bagaimana untuk menjaga hatinya.

Berlaku curang atau menipu anda, itu semua berpunca dari dirinya, kalau dia memilih untuk setia maka hubungan akan kekal bahagia, tapi kalau sebaliknya anda sendiri kena tahu siapa puncanya.

3. Dating bukan penguat hubungan.

Hubungan tanpa ada dating pun boleh berjaya sebenarnya. Kalau masing-masing percaya bahawa dia itulah jodohnya. Terlalu kerap sangat dating ini bukan penguat dalam satu hubungan. Ala, macam orang kata kalau nak curang bukan masa berjauhan dengan pasangan, kadang itu waktu pasangan di sisi pun boleh juga curang.



4. Jodoh tak akan pergi jauh.

Kalau dah tertulis bahawa dia itu jodoh kita, pusing satu dunia pun dia tetap akan jadi jodoh kita. Tak dating, tak saling membalas WhatsApp pun tetap akan jadi jodoh kita. Jodoh kan telah ditetapkan, cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Tak salah untuk dating, tapi jangan terlalu sangat. Sebabnya, ia boleh mendatangkan perkara-perkara yang tak elok.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen