Bukan Nak Cantik Je, Tapi Kesihatan Tubuh Badan Lagi Penting. Ini Penerangan Mitos Yang Mudah Dipercayai Masyarakat Kita.

 

Kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Semua perkara yang cantik-cantik sudah tentu menjadi igauan kaum wanita. Badan yang cantik, wajah yang cantik, rumah yang cantik, kulit yang cantik dan pelbagai lagi perkara yang cantik.

Walaupun tak dapat dipisahkan, tapi jika salah cara dan pemahaman dalam bab penjagaan kecantikan bimbang juga boleh timbulkan masalah lain.



Oleh sebab itu, sedikit info yang dikongsi Dr Noorulhana Hadzarami, sorang doktor pakar bisu berkenaan mitos dan juga fakta kesihatan, jom baca.

Adakah amalan berpantang kaum Melayu selepas bersalin mampu memastikan wanita cantik dan sihat hingga ke mati?

Tidak. Wanita seluruh dunia tidak mengamalkan pantang kaum Melayu tetapi mereka tetap cantik dan sihat. Hanya sebahagian kecil wanita Asia mengamalkan pantang dan pastinya ia bukan amalan pantang kaum Melayu.

Amalan berpantang hanyalah untuk memberi ruang berehat selepas bersalin. Tak salah jika ia dilakukan dengan rasional dan tidak melampau. Amalan pantang yang ketat adalah bahaya dan boleh membawa maut. Yang lebih penting untuk siat dan cantik ialah pemakanan seimbang dan senaman sepanjang hayat. Bukan amalan jangka pendek yang dilakukan sekali dua seumur hidup.



Adakah senaman tidak bagus untuk wanita kerana ia menyebabkan rahim jatuh?

Rahim tidak jatuh disebabkan senaman. Malah obesiti akibat tidak bersenam adalah faktor penting rahim jatuh. Faktor lain rahim jatuh ialah bersalin berkali-kali, proses bersalin terlalu lama, usia lanjut, tekanan abdomen yang kuat (batuk kronik, sembelit) dan tidak mengamalkan senaman otot pelvis.

Otot pelvis kita boleh dilatih melalui senaman Kegel supaya dapat menampung rahim dengan baik.



Adakah senaman angkat berat tak bagus kerana membuat otot wanita bertambah besar?

Tidak, senaman rintangan dan angkat berat boleh membantu tulang supaya padat dan membentuk otot yang kuat. Adalah sukar untuk otot wanita menjadi besar dengan hanya melalui senaman. Jadi usah risau untuk menambah variasi senaman.



Adakah kulit yang cantik perlu putih melepak?

Tidak. Semua kulit adalah cantik. Melanin adalah cantik. Malah, melanin pada lapisan kulit mampu melindungi kulit dari cedera akibat sinaran UV. Hargailah warna kulit kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen