Berulang Kali Orang Yang Sama Datang Ke Dalam Mimpi Anda, Eh Itu Jodoh Ke?

 

Bila bercakap mengenai mimpi je, apa yang akan bermain difikiran? Adakah ia hanya mainan tidur ataupun petanda yang diberikan kepada seseorang. Malah ada juga yang menyatakan bahawa petunjuk solat Istikarah juga boleh memlalui mimpi.

Namun begitu, pernah atau tidak kita mimpikan seseorang secara berterusan. Ala, macam kita mimpikan orang yang sama berulang kali.

Mimpi ini terbentuk dari otak dan pemikiran kita sendiri, ia dapat dilihat melalui pengimbas mimpi yang dapat menunjukkan emosi yang dirasakan dalam mimpi.



Mimpi ini boleh jadi sangat menyenangkan malah ia juga boleh menjadi sesuatu yang dahsyat.

Mungkin anda mempunyai keinginan untuk mimpi orang yang sama berulang kali, tapi ada yang suka dengan mimpi sebegini malah ada juga yang tidak.

Selalunya kita anggap jika kita bermimpi akan perkara yang sama, bermakna perkara tersebut akan berlaku pada kita, malah jika kita mimpi dengan seseorang berulang kali itu tanda dia jodoh kita.



Sebenarnya, ada makna di sebalik mimpi tersebut.

Menurut pakar psikologi klinikal, Dr. John Mayer menyatakan bahawa apabila kita tidur, otak kita akan berhenti berkerja.

“Konsepnya sama seperti komputer, di mana otak berfungsi seperti pemproses dalam komputer yang menyimpan pelbagai data semua pertistiwa yang telah kita alami.

Dr Mayer menambah, apabila kita bermimpi untuk melihat orang yang sama dan berulang kali dalam mimpi kita, ia adalah tanda tekanan.



Orang yang muncul dalam mimpi kita melambangkan kebimbangan tertentu yang kita alami.

Malah boleh jadi ada beberapa perkara yang belum diselesiakn dengan orang tersebut sehingga menyebabkan ia hadir berulang kali di dalam mimpi.

Mungkin anda membuatnya marah tetapi terlalu malu untuk memohon maaf, atau kecewa.

Cara untuk menghentikan mimpi itu, anda mesti berjumpa dengan orang itu dan menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, jika anda kecewa, Dr. Mayer mencadangkan cuba melupakan kejadian itu dan terima dengan hati yang lapang.

Jadi jangan terlalu yakin bahawa kita mimpikan orang yang sama itu tanda ia jodoh kita!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen