Lelaki Lebih Cerewet Mengalahkan Wanita Dalam Mencari Pasangan, Punca Sukar Dapat Jodoh.

 

Pernah jumpa lelaki cerewet? Banyak perkara yang tak kena depan mata dia. Kalau jumpa dari pemakian hingga ke makeup akan dikiritik. Aih, dah nama pun cerewet sudah tentulah semua perkara kena dengan selera dia.

Tapi apa-apa pun, jodoh itu ditangan tuhan. Tiada siapa yang akan tahu dengan siapa pun akan kita berjodoh. Buatnya elak punya elak lelaki cerewet, tapi diri sendiri pula yang dapat.



Namun begitu, ramai yang berpendapat bahawa lelaki-lelaki cerewet ini sukar untuk mendapat jodoh, tapi berdasarkan pendapat peribadi kemungkinan lelaki-lelaki lebih tenang dalam mencari pasangan berbading wanita.

Kenapa lelaki lebih cerewet dalam mencari jodoh? Sudah tentu masing-masing mempunyai keinginan tersendiri malah sebab tersendiri mengapa mereka ini memilih.



1. Suka yang cantik-cantik.

Menjadi perkara yang paling utama dalam mencari calon pasangan sudah tentulah melihat dari fizikal dan rupanya. Jika seseorang itu cantik dan sesuai berdasarkan apa yang dirinya mahukan, sudah tentu ia akan menjadi pilihan si jejaka tetapi jika sebaliknya, sudah tentu si jejaka akan teruskan pencarian lagi.

2. Kena dengan jiwa.

Apa yang orang lelaki sekarang pentingkan adalah pasangan yang kena dengan jiwanya. Bukan sahaja memahami apa yang dirinya suka tetapi menyayangi dirinya seadanya. Haa, bukan calang-calang dia punya ciri ni.



3. Kena dengan taste diri.

Orang kata kalau lelakinya ada rupa, perempuannya pun kenalah ada rupa barulah sesuai duduk atas pelamin malah sesuai dengan dirinya. Tapi itu yang ada rupa kalau yang taka da rupa pun sama aje okay. Tak ada beza pun, yang membezakan perempuan bagaimana yang menerima mereka ini.

4. Dia perasan.

Ada sesetengah orang bukan sebab dia terlalu memilih sangat, tapi sebab dia rasa ramai yang nakkan dia sebab itulah dia tak kahwin-kahwin lagi. Bukan itu je, dia rasa dia ada handsome sebab itulah tak nak kahwin lagi.



5. Saja cabar diri.

Biasanya lelaki suka akan perempuan yang sukar diperolehi, jadi dia gunakan alasan ini untuk memikat wanita-wanita yang berkerjaya malah mempunyai intelek yang tinggi, sebab itulah dia lambat kahwin.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada jodoh juga. Kalau dah nama belum berjumpa jodoh lagi, maka belum berkahwin lah mereka ini. Tapi kalau dah jumpa jodoh macam yang ditetapkan, sudah tentu akan berkahwin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen