Jari Manis Lebih Panjang cenderung Untuk Berlaku Curang? Hati-Hati... Cuba Check Jari Pasangan Korang.

 

Curang itu tersangatlah subjektif untuk ketahui puncanya. Ada yang mungkin boleh dilihat melalui kelakuan dan tingkah lakunya, akan tetapi boleh juga ia dilihat melalui fizikal diri seseorang.

Perbuatan curang ini tersangat menyakitkan hati dan perasaan seseorang, sehingga ramai sahaja diantara kita yang berwaspada dengan seseorang yang mudah melakukan perbuatan seperti ini. Bukan apa, kadang-kadang bila kita sudah terluka ia sukar untuk dipulihkan kembali.



Malah ada yang lebih parah adalah dirinya sukar untuk mempercayai mana-mana pasangan lagi. Sebab itu, curang ini mungkin membahagikan buat seseorang yang melakukannya tapi ia dikhianati itu akan rasa terluka serta kecewa.

Buat mereka yang sentiasa berjaga-jaga akan perkara curang ini, selain dari sikap atau perbuatan yang boleh diperhatikan, ada juga perkara lain yang boleh dititikberatkan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford dan Universiti Northumbria, yang melibatkan 600 lelaki dan wanita di United Kingdom dan Amerika Syarikat, mendapati orang yang mempunyai jari manis dan jari telunjuk yang sama adalah jenis orang yang setia.



Sementara itu, jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk lebih cenderung untuk menipu. Orang yang mempunyai jari panjang biasanya mempunyai kekayaan malah mereka juga suka bersenang-senang.

“Namun begitu, ia tidak membuktikan bahawa perbezaan ini boleh dibezakan setiap individu, kerana kita tak boleh meramalkan siapa yang setia dan tidak,” kata Dr. Rafael Wlodarskio dari Oxford University.

Tapi apa-apa pun, kalau nak selamat cari la pasangan yang mempunyai jari telunjuk dan jari manis sama panjang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,520 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen