Siapa Kata Bila Diuji Tidak Miliki Anak, Hubungan Suami Isteri Tak Boleh Bahagia?

 

Memang benar anak itu penyeri keluarga. Kata orang, rumah yang tiada anak akan sunyi dan tawar. Mungkin sudah tiba masanya kita sebagai masyarakat memandang serius tentang perkara ini. Tidak ada pasangan yang berkahwin tidak mahu miliki anak. Cuma adakala rezeki mereka agak lambat atau mungkin tiada rezeki anak di atas dunia ini. Walaupun tidak dapat merasa rezeki milik anak, namun ketahuilah Allah itu maha Pengasih, Dia gantikan kekurangan itu kelebihan lain buat mereka.



Kita boleh lihat di sekeliling kita sahaja, berapa ramai pasangan yang telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Kita juga boleh lihat betapa hibanya mereka terutama isteri apabila pelbagai tohmahan dan sindiran dilemparkan oleh mereka yang berlidah tajam. Walaupun hanya soalan, namun jika bertubi-tubi ditanya, boleh menambahkan 'beban' yang sememangnya telah lama terbuku di hati. Sepatutnya kita sebagai orang sekeliling atau saudara mara perlu berikan kata-kata semangat untuk mereka tenang menjalani kehidupan seharian seperti orang lain.



Walaupun begitu, mereka yang tidak mempunyai cahaya mata ini, kekurangannya hanya di situ sahaja. Jika dilihat dari sudut lain, banyak benda yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada mereka. Contohnya mereka suami isteri boleh ke mana sahaja tanpa perlu bergegas pulang kerana tiada tanggungjawab lain iaitu anak untuk diuruskan. Mereka juga boleh menabung untuk melancong ke mana sahaja yang diimpikan. Tidak semua orang boleh merasa semua itu jika sudah ada anak. Bukannya kerana anak itu 'beban', namun banyak perkara yang difikirkaan jika mahu ke mana-mana dengan membawa anak.



Selain itu, pasangan yng tidak mempnyai anak juga dikatakan lebih romantik kerana masa mereka untuk berdua seperti sewaktu bercinta adalah tanpa batasan. Setiap masa boleh berdamping, pergi berbulan madu bila-bila masa sahaja, dan dengaan itu sekali gus mereka akan lebih menghargai masa bersama.

Sebenarnya ada anak atau tiada anak itu bukanlah kita yang tentukan, bukanlah kita mahukan, tetapi Allah telah menetapkan takdir dan rezeki masing-masing adalah berbeza. Jika lebih di situ, kurangnya di sini. Begitu juga sebaliknya. Kita sebagai hambanya, yang beriman, perlu menerima semua ketentuanNya denan hati yang ikhlas dan bersyukur apa adanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,271 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen