Yang Masih Single Itu Kerap Mimpi Bekas Kekasih, Ini Yang Korang Kena Tahu Puncanya.

 

Korang pernah mimpi bekas kekasih korang? Mungkin pernah je korang alami cuma tak nak megaku bahawa korang pernah bermimpi bekas kekasih.

Mungkin akan ada yang menganggap bahawa korang belum move on lagi sebab masih teringat-ingat akan si dia hingga bahawa ke tidur. Tapi jangan bimbang, ramai je yang alami hubungan separuh jalan berdepan dengan mimpi sebegini.



Mesti korang tertanya-tanya maksud mimpi tersebut kan? Walaupun korang dah putuskan hubungan dengan bekas kekasih, tak mustahil untuk dia datang dalam mimpi korang.

Ini sebabnya yang korang kena tahu.

1. Ada sesuatu yang belum diselesaikan.

Haa.. apa yang belum selesai tu? Apabila korang putus cinta, ada beberapa masalah yang belum diselesaikan atau ada perkara yang membuat korang tak selesa. Sama ada korang sembunyikan sesuatu darinya atau dia yang tak mendedahkan sesuatu. Macam dalam lagu Adele, Hello yang mengingatkannya mengenai bekas kekasih kerana ada masalah yang belum selesai.



2. Baru je nak move on.

Jika secara kebetulan korang mimpi dengan menunjukkan bahawa kalian berpisah, dengan rasa berat hati untuk melepaskan malah mengucapkan selamat tinggal, itu tanda korang dah move on atau dah bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

3. Rasa rindu.

Boleh jadi juga mimpi yang datang dalam tidur korang itu hanya sebab korang merindui si dia je. Ini boleh berlaku apabila korang terlalu memikirkan bekas kekasih yang membuatkan korang rasa bertuah atau terbaik, walaupun sebenarnya korang tak nak pun jalinkan hubungan dengannya semula.



4. Sekadar mainan tidur.

Kadang-kadang mimpi tu tak ada makna apa-apa pun. Mungkin ia datang secara tak sengaja sebelum tidur, atau mungkin korang melihat gambarnya. Boleh jadi ia sekadar mainan tidur dan tak membawa makna apa-apa pun. Baik lupakan je.

Mimpi ini sebenarnya tersangatlah unik, kadang kala ia datang sebagai petanda malah ia juga boleh hadir sebagai mainan sahaja ketika tidur. Apa-apa pun, jangan sebab mimpi korang nak balik semula pada bekas kekasih.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,919 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen