Kita Kahwin Ini Menumpang Apa Adanya Pasangan Kita, Yang Penting Sabar Dengan Setiap Ujian Rumahtangga.

 

Telah menjadi adat sebuah perkahwinan, apabila suami siteri perlu saling melengkapi dan menerima baik buruk pasangannya. Seorang isteri sanggup bersusah payah dengan suaminya, asalkan suaminya masih kekal setia bahkan sanggup bersabar dengan segala kerenah suami itu sendiri.

Itulah perkahwinan, tiada yang manis-manis sahaja, kadang kala kelat juga rasanya.



Sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh Bonda Rozita serta nasihat yang sememangnya berguna pakai buat semua pasangan suami isteri. Ibu kepada Dato’ Sri Aliff Sayaukri Kamarzaman, 31 sewaktu berada di tanah suci mengerjakan ibadah haji bersama suami dan menantu kesayangan Datin Sri Nur Shahidah Mohd Rashid, 33.



Ini perkongsiannya,

“Kri tahan air mata dia masa tengok Anak-anak nangis masa Anak-anak peluk ida..Pengorbanan isteri tu bukan setakat melahirkan mengurus rumahtangga dan sabar dengan kerenah suami serta dugaan dalam familynya.

Dia menjaga suami luar dalam atas bawah tepi belakang ..sebab tu lah insan dan harta dirinya termahal “ ayah pada Anak-anak ..Suami ku hanya saya punya ....yang 1 ...” no kongsi2 ok” ..!! .

Sebab tu saya rela susah dan sakit demi sebuah perkahwinan ..HANYA KITA “ ( dalam maksudnya tu he he) ..bonda rasa semua wanita fikir macam saya kot sebab tu saya memihak menantu perempuan bab ni sebab saya macam tu ..uppsss

Selalu saya pesan anak dn menantu ..kita kawin ni menumpang apa adanya pada pasangan kita..Kalau alim kita tumpang alimnya, kalau baik kita tumpang baiknya, kalau laki perompak atau hisap dadah kita tumpang bahana buruknya..Kalau kaya kita tumpang kayanya ..Sehidup sampai kemati hajat kita bila dah kawin.

Kita kawin saling membetulkan dan melindungi supaya aman, bersatu, jayakan cita-cita dan family hasilnya kita sama-sama menikmati hidup yang isinya mawadah warahmah dan sakinah. Lilahi taala

Sila tag atau share jika nasihat saya pada family saya ni elok dipakai untuk jadikan negara kita ni orang yang hebat-hebat ikatan family dan kasih sayang..!!”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen