Bila Isteri Mengeluh, Suami Jangan Naik Angin. Cuba Dengar & Fahami, Setiap Tugas Yang Isteri Lakukan Itu Ihsan Isteri.

 

Suami-suami jangan berkira tenanga dengan isteri sendiri, sebab setiap kerja rumah yang dilakukan itu adalah ihsan dirinya terhadap suaminya.

Jangan selalu bandingkan penat isteri dengan diri sendiri, bila suami fikir penat sendiri lebih dari isteri, itu bahaya untuk rumahtangga.

Dalam rumahtangga ini, kena sama-sama berkerjasama, saling memahami serta prihatin antara satu sama lain. Bila segala tugas telah selesai dengan lebih cepat, suami dan isteri dapat lebihkan masa antara satu sama lain.



Macam yang dikongsikan oleh Saiful Bahari ini, macam mana suami nak bantu isteri jadi bahagia malah suami sama-sama dapat pahala.

Isteri mengeluh, suami jangan melenting 

Bila isteri mengeluh penat secara terang terangan jangan pulak kita nak marah. Terus cakap dia derhaka. Gila ke. Cuba tanya dulu kenapa mengeluh. Pasti ada sebab.

Jarang orang perempuan nie tiba tiba nak mengeluh penat, lagi lagi depan kita. Secara hakikinya memang isteri kita penat, tapi untuk menzahirkan penat tu susah nak nampak. Dia simpan sorang sorang je.

Tu kadang kau terlepas pandang. Lagi yang ada anak kecik, penat sakit pinggang menyusu lain, penat kemas rumah lain, penat masak lain, penat basuh baju lain, penat layan kau lain. Banyak perkara dia penat tapi kita nampak tak nampak je kan.



Sebab kita tak diberitahu, kita nampak semua oke je. Sebab kita dah terbiasa. Haa tu sebenarnya. Kita nie bang dah terbiasa. Tu pasal bila isteri mengeluh terus kita naik angin. Konon sebelum nie elok je apa pasal harinie nak mengeluh kan? Konon kita nie punya penat tak sama dengan dia lah.

Dalam hidup rumahtangga nie, tiada istilah aku lagi penat dari dia. BIG NO!

Kerja rumah itu hanya ihsan isteri

Ada benda tak setel, kena setel kan sama sama. Semua setel, baru boleh rehat sama sama. Baru adil dan saksama.
Jadi berbalik pada kalau isteri mengeluh depan kita, apa kita perlu buat?

Jangan marah. Tanya baik baik. Apa yang dia keluhkan tu. Kadang bukan sebab penat je, tapi boleh jadi dia nak kau ambil tahu sahaja. Bantu sikit sikit je. Yelah, dia tengah tunggang langgang urus hal rumah kau tenang kat sofa depan layan hp ke game ke movie ke. Haa kadang memang berangin jugalah kan.

Jadi kau dengar keluhan dia betul betul, jangan kau hilang fokus pun. Masukan semua perkataan dia dalam telinga kau tanpa dikeluarkan. Hadam bebaik.

Bila selesai dengar, pertama kau harus minta maaf dulu sebab mungkin kau terlepas pandang sehingga dia terpaksa mengeluh depan kau. Kau pujuk dia dulu dengan belanja makan ke, bawak jalan jalan ke, buat lah apa yang dia suka. Huhu.

Tapi belum selesai ya, itu sesi mukadimah aje. Sebetulnya nanti kau bagitau lepas nie semua kerja rumah biar kau buat atau kalau isteri kau oke cakaplah buat sama sama sampai semua selesai. Jadi sama sama boleh rehat. Itu gunanya sesi luah, jangan naik angin je bang.

Lagipun kerja kerja tu semua sepatutnya hanya ihsan dari isteri je, kita suami yang dipertanggungjawabkan untuk buat semua tu. Kita nie wajib untuk buat. Tapi yelah, kadang kita kerja, isteri kat rumah. Jadi si isteri nie bantu kita sahaja. Memudahkan kerja kita je. Haa nampak tak. Baik kan semua isteri.



Isteri tempat cari pahala

Lagipun, kalau isteri tu ikhlas buat. Senang senang je dia kumpul pahala tau. Jadi, kita nak isteri kumpul pahala atau dosa? Sebab apa boleh jadi dosa. Bila kerja tu dah tak ikhlas, mulalah nanti isteri kurang ajar ke biadap ke. Jadi tu semua bukan 100% salah isteri, tapi berpunca pun dari kita si suami nie. Taknak ambil berat sebab tu isteri tertekan. Salah kita nie bang. Nampak?

Kita sebagai suami nie ada peluang untuk guide dimana tempat isteri kita. Kita nak dia ditempat diredhai atau tempat derhaka. Kita sendiri boleh pilih. Dan keduanya itu akan beri kesan pada hidup kita dan anak anak juga. Jadi ini tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Memastikan keharmonian rumahtangga. Siapa je mau rumahtangga kucar kacir? Kan?

So, kita suami bila isteri mengeluh tu. Jangan cepat melenting. Terus tenangkan keadaan, duduk sama suruh dia luahkan semua keluhan, bincang, dan bagi solusi terbaik untuk keluarga kita. Itu tugas ketua keluarga.

Saiful Bahari
Suami dan Ayah

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen