Pengorbanan Isteri Ini Tiada Tandingan, Hargainya Sebelum Dirinya Berubah Hati.

 

Hebatnya pengorbanan seorang isteri ini memang tiada tolok bandingnya. Mungkin bagi suami kerja mereka ini mudah saja. Cuma menjaga makan minum serta anak-anak sahaja, tapi itu yang dilihat secara rawak sahaja, kalau didalami dan difahami dengan betul sudah tentu ramai yang akan menghargai isteri mereka.

Cuba kalau suami-suami letakkan diri mereka di tempat isteri, sudah tentu suami akan cepat mengeluh dan melenting apabila melakukan segala tugas isteri. Mana tidaknya satu hari terpaksa mengurus makan pakai anak-anak malah terpaksa juga menguruskan rumah, tak ramai suami yang sanggup berdepan dengan perkara ini.

Itu belum lagi jika ada mak mertua yang isteri perlu jaga. Lagi lah ia bukan satu perkara yang mudah untuk diuruskan malah pada masa yang sama menjaga hati ibu mertua agar tidak terguris dengan sikap isteri.



Malah ada juga isteri-isteri yang akan berkerja untuk menampung perbelanjaan di rumah. Jika bukan berkerja pada waktu pejabat ada juga yang mengambil peluang untuk menjual kuih muih ataupun barang secara online. Walaupun kadang kala hasilnya tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka yang berkerja tapi ia tetap menghasilkan duit yang boleh membantu suaminya. Asalkan dirinya tidak menyusahkan suaminya.



Itu belum lagi jika tiba-tiba suami jatuh sakit, isterilah yang paling bimbang dan risau ke hulu hilir mencari penawar penyakit tersebut. Kalau sekadar tengok sahaja, mungkin akan ada yang menganggap bahawa ia tugas seorang isteri, tapi kalau diletakkan kita ini suami di situ, sanggupkah kita ini?

Belum tentu bukan?

Belum tentu kita ini mampu menjaga anak-anak kita macam isteri kita buat, belum tentu kita sanggup makan hati kerana menjaga mak mertua, belum tentu juga kita sanggup bersengkang mata kerana ingin membantu perbelanjaan keluarga malah belum tentu juga kita sanggup menjaga isteri yang sakit. Semua ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

Sebab itu, bila dah dapat isteri yang sanggup susah senang sama-sama, kita perlu jaga sebaiknya. Jaga emosinya, dan hatinya. Kalau dia tiada, siapa yang akan melakukan kesemua tugas tersebut. Nak cari lain? Belum tentu akan sama dengan isteri kita nanti.



Hargai apa yang ada depan mata ini, jangan biarkan dirinya makan hati dengan emosinya sendiri. Tak salah kalau sekali sekala suami juga ambil alih tugas isteri, baru tahu apa yang isteri rasakan. Tapi kalau suami nak hulurkan bantuan pun sudah buat isteri rasa bersyukur.

Hargai dan berterima kasih pada isteri, sebelum kehilangan dirinya. 

Perempuan bila dah sayang, dia akan sayang sangat. Jangan sia-siakan kasih sayangnya itu dengan perkara yang menyakitkan hatinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen