Bila Dah Jadi Suami Nanti, Jangan Lupa Lakukan 2 Perkara Ini. Banyak Suami-Suami Lupa Buat Benda Ini.

 

Suami-suami ini memang besar tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Tapi jangan terbeban dengan tanggungjawab yang diberikan itu. Anggap sahaja, itu adalah satu cara memudahkan kita untuk menuju ke syurga.

Isteri kita itu memang tak sempurna mana, sebab itu dia perlukan bimbingan dan didikan daripada suami mereka. Kalau kita ini suami pun tahu nak cari salah isteri je, macam mana ia nak jadikan isteri kita ini seorang yang solehah.



Jangan mudah nampak silap isteri, kadang kala kita suami ini pun silap juga. Jangan pernah begitu mudah menghukum isteri, sedangkan kita ini suami pun sepatutnya dihukum juga.

Buat bakal-bakal suami, sedikit pesanan dari Abu Hurariah ini sememangnya perlu tersemat di hati anda.

Sebagai suami,

Saya memang selalu akan terasa dengan segala cakap dan perlakuan isteri.

Kadang bahasanya tersakit hati.

Kadang tindakannya terguris peri.

Kadang bila bercakap dengannya tak di peduli.

Kadang minta yang itu, dia nak juga bagi yang ini.

Sakitkan hati sebagai suami?

Sedangkan, sebagai isteri dia kena lah hormat dan patuh segala apa yang dari suami.

Ya, dari sudut pandang kita begitulah. Namun, jika kita besarkan lagi pandangan, sebenarnya kadang dari silap saya juga sebagai suami.



Bahasanya menyakitkan hati kerana isteri dah ulang banyak kali. Dah pesan baik-baik setiap hari. Namun, kelemahan saya itulah yang saya buat lagi.

Tindakannya terguris peri kerana kadang isteri terlupa bahawa dia juga terikut nafsu dan kehendak hingga terlupa suaminya ada di hadapannya.

Tidak peduli kata suami juga kadang hanya kerana dalam kepalanya ada banyak kerja dan tugas yang masih di fikiran, tak campur kerja rumah dan anak-anak yang menangi dan kelaparan. Hingga terlepas pandang suami yang terkebil-kebil bercakap seorang diri.

Benar,

Setelah banyak salah dan silap isteri yang kita nampak ini, mudah saja kita letakkan mereka sebagai isteri derhaka.
Mudah saja kita berdiam dan tak bercakap dengan mereka.

Mudah saja menyebabkan hati kita tak sayang dan tak mahu mencintai mereka.



Maafkan isteri kita.

Sakitnya bebelan dan sikap mereka, doakan dan tegurlah selepas solat berjemaah dengannya.

Memang kalau nak bahas dan nak cakap, isteri wajib diam dan dengar apa yang suami nak cakap.

Bila berlaku semua ini, saya hanya diam. Hanya sabar. Kalau tak puas hati pun, saya akan cakap dengan Allah.

Saya luah habis-habis selepas solat. Tengah malam bangun dan doakan isteri. Ampunkan salah dan dosanya supaya tidurnya dan bangun esoknya bukan dalam kemurkaan Allah sentiasa.

Itulah sebenarnya yang dapat mendidik isteri kita, jadi wanita solehah yang macam kita minta. Yang seperti kita mahukannya.

Asalkan kita terus berusaha dengan dua perkara.

Memaafkan isteri dan sabar dengannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen