Jangan Sibuk Mencari Yang Sempurna Di Mata Kita, Sedangkan Pasangan Yang Kita Miliki Itu Adalah Kesempurnaan Paling Sejati.

 

Kita sebagai manusia ini kadang-kadang sememangnya tidak tahu bersyukur. Mana tidaknya, bila dijodohkan dengan pasangan yang baik tapi tetap sahaja masih tak nampak kebaikan yang ada pada pasangan kita itu.

Nak-nak lagi isteri kita. Siapa pun isteri kita, dia itulah adalah sebaik-baik jodoh buat kita yang seharusnya kita hargai dan setia dengannya. Tapi itulah, yang baik ini tak nampak, yang dekat luar juga yang hendak dipandangnya.

Kita selalu rasa ada lagi wanita yang baik di luar sana, walaupun isteri yang kita ada itu sudah begitu sempurna di mata orang lain. Tapi itulah, kita tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata, yang kita nampak pasangan kita itu banyak kurangnya.



Pernah tak kita fikirkan, kenapa pasangan kita itu sebegitu dan sebegini. Selepas itu, cuba lihat kembali pada diri kita ini. Apa yang telah kita lakukan untuk pasangan kita?

Adakah kita telah menghargai setiap pengorbanan yang telah dirinya lakukan? Ataupun, kita mengabaikannya malah hanya memandang apa yang belum tentu menjadi hak milik kita?

Bagi seorang lelaki yang tahu menghargai pasangan, dia akan rasa cukup dengan apa yang telah dirinya miliki sekarang ini. Apa yang dia tahu dia nak buat yang terbaik untuk pasangan hidupnya. Dia akan memanfaatkan apa kelebihan dirinya untuk menutupi kekurangan isterinya. Ini kerana, dia sedar bahawa dia tidak akan mendapatkan seseorang yang sempurna melainkan dia yang menyempurnakan seseorang itu.



Akan tetapi berlainan pula dengan mereka yang tidak sedar diri. Mereka ini akan mencari seseorang yang akan menyempurnakan dirinya itu. Malah sampai bila-bila pun, dirinya tak akan dapat memiliki apa yang dia mahukan. Ini kerana, semuanya ada dalam dirinya sendiri. Dia cuma perlu memulakan dan menghargai apa yang telah dirinya miliki.

"Kesempurnaan" adalah tentang saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain, bukan mencarinya pada orang lain kerana kesempurnaan tiada pada orang lain.

Hargai sahaja apa yang telah kita miliki, kerana dengan itu ia sebenarnya akan membuat kita rasa lebih sempurna dan bahagia. Buat apa kita tercari-cari yang bukan milik kita, ia hanya akan membuat kita kehilangan sesuatu yang berharga.

Dengan siapa jodoh kita itu sebenarnya, dia adalah orang yang layak dan sempurna buat kita. Hanya kita sahaja yang dikaburi dengan nafsu kesempurnaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,166 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen