Nak Cari Pasangan Yang Kena Dengan Jiwa Kita Ini Bukan Mudah, Tapi Dengan 5 Langkah Ini Pasti Korang Berjaya Jumpa Soulmate Korang.

 

Setiap orang kalau nak cari jodoh ni mesti nak kan pasangan yang sesuai bukan? Orang kata nak cari soul mate ni tak mudah pun, kena betul-betul sesuai dengan jiwa dan juga pemikiran dah sesuai sangat nak jadikan dirinya soulmate kita. Tapi itulah kalau semudah itu memang senang.

Ada setengah orang fikir bahawa masa itu mampu mengubah kita untuk berjumpa dengan soulmate kita, tapi kalau tak dicari dengan betul sudah tentu tak akan berjumpa. Ada beberapa ciri yang kita kena tengok bila nak cari soulmate ini, jangan mengharapkan masa yang dia akan berubah untuk kita.



Walaupun saling mencintai, tapi itu belum tentu mampu membuat anda benar-benar jumpa akan soulmate anda. boleh jadi, ia adalah satu cinta yang menyakitkan dan bukannya akan sejati.

Macam mana nak jumpa soulmate anda? ini beberapa langkah yang perlu diambil.

1. Jujur dengan diri sendiri.

Apa yang anda rasa itu yang perlu anda tahu. Jangan sesekali menyatakan bahawa anda bahagia bersamanya sedangkan tidak, malah jangan menipu diri sendiri dengan menyatakan bahawa dia akan berubah satu masa nanti.

Tak-tak, itu semua adalah kata-kata untuk menyedapkan hati sahaja. Bila kita tak jujur dengan diri sendiri maka susah kita nak miliki soulmate sendiri.



2. Mencintai diri sendiri dulu.

Dalam perhubungan itu, anda harus mencintai diri anda dahulu. Di mana, jangan hanya pendamkan hati dan perasaan apabila anda rasa tak bahagia, malah jangan hanya memejamkan mata apabila anda disakiti.

Untuk mencintai diri sendiri, anda perlu jauhi diri dengan hubungan toxic dahulu, di mana pasangan anda itu mencintai dan menyayangi anda dengan tulus.

3. Rasa bebas dalam hubungan.

Kalau dirinya menyokong dengan apa yang anda lakukan, atau apa yang anda suka. Ya pasangan sepatutnya begitu, tapi kalau dia menghalang setiap perkara yang anda mahu lakukan dengan pelbagai alasan yang tak munasabah, dirinya bukan soulmate yang dicari.

Hati anda tak terikat, pergaulan anda bebas malah sentiasa menyokong anda itu namanya bebas dalam hubungan. Bukannya bebas membiarkan anda bersama yang lain.



4. Tak rasa terpaksa.

Setiap perbuatan malah kata-kata yang keluar itu bukan satu paksaan darinya, tapi itu memang lahir dari diri anda sendiri. Bila anda bahagia anda akan melakukan perkara sebegitu. Tapi kalau anda hanya mengikut kemahuan dirinya, itu dinamakan paksaan.

Soulmate biasanya bukan dari kalangan seperti ini, jadi jika benar-benar nak jumpa soulmate lihat apa yang anda rasa dalam hubungan itu, maka itulah kebahagiaan yang anda dirasai selamanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,300 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen