Kalau Berhajat Nak Kahwin Dua Sebab Mampu Tu, Cuba Fikir Balik. Barang Dapur Tu, Isteri Tolong Bantu Tak?

 

Bab-bab bermadu dan poligami ni memang orang perempuan akan cepat melenting, mana tidaknya tak ramai yang sanggup berbagi kasih dengan orang yang tersayang. Lagi-lagi kalau suami kita sendiri. Itu belum lagi nak masuk bab adil ataupun nafkah, lagi lah cepat sangat melentingnya.

Bukan apa, kadang-kadang dalam rumah tangga ni, isteri yang bantu ringankan beban suami. Tapi suami bila senang sikit mula lah nak fikir kahwin lain. Langsung tak ingat pun apa yang isteri pertama buat tadi, apa yang difikirkan dia mampu.



Macam yang dikongsikan oleh Puan Salwa Mohd Saleh berdasarkan penjelasan Ustaz Izhar ini, tak salah kalau nak berpoligami tapi cuba tengok balik kita mampu sebab isteri tolong ke?

Jika ada berhajat nak KAHWIN DUA...

1. Semalam topik poligami ni agak menarik juga di MHI. Ya, bukan Tanyalah Ustaz tau! Sambil habiskan larian, saya siap kuatkan volume bila perbincangan jadi makin menarik.

2. Ustaz Izhar cakap, ramai yang letak mampu tu dalam skop yang salah. Waktu ada seorang sahaja isteri, isteri yang bantu belanja dapur, top up duit untuk bayar bil dan kereta atau belanja lain. Suami ni rasa ada 'duit lebih' so dia rasa dia mampu. Makanya dia pun kahwin lagi satu.

3. Adapun isteri pertama, kerana dia pada awalnya berhajat nak ringankan beban suami, tapi sebab suami pasang lain, dia pun stop bayar bil dan sebagainya. Itu langsung tak salah kata ustaz sebab nafkah tu memang tanggungjawab suami! Maka tiba-tiba suami yang kononnya mampu tu baru sedar diri, dia taklah mampu pun actually.

4. Jadinya, kalau rasa berduit lebih tu, check la semula ye. Duit makan, pakai, baju dalam, belanja sekolah anak semua tu memang duit sendiri ke semua? Kalau ikan dan ayam pun isteri tolong belikan, spender sendiri pun isteri carikkan, jangan la perasan sangat. (Ok, point yang ni bukan ustaz cakap tau, ni i ols tambah perasa sebab geram)



5. Then ustaz cakap, kalau isteri pertama minta cerai, tak berdosa pun bilamana terbukti suami tu tak layak poligami. Sebab tu makhkamah syariah pun benarkan isteri berpisah. Walaupun hakikatnya poligami dibenarkan agama, islam ni jaga hak wanita. Jika wanita tadi tahu suaminya tak mampu, dia boleh mintak cerai. Tapi seeloknya bawak la berbincang elok-elok, kata ustaz.

6. Pastu pasal adil. Adil ni bukak takat giliran malam tido umah siapa aje. Banyak lagi faktor lain. Contohnya financial tadi la. Adil tu memang kena ikut adil yang sewajarnya.Sebab setiap isteri tu ada haknya.

7. Lepas tu, kata ustaz, walaupun poligami ini sunnah, ada banyak lagi sunnah lain boleh diikut. Settlekan lah sunnah lain yang banyak tu. Ya saya setuju. Kenapa la sunnah yang sangat berat ini yang nak diikutkan sangat.
So, jangan la rasa syok sangat kahwin dua ni.

Tak dinafikan ada yang mampu dan boleh, tapi banyaknya memang mengundang bala. Tak percaya tanya la peguam syariah bahagian rumahtangga.

POINT BONUS:

Ada soklan kat FB, tanya jika isteri pinangkan madu dia, tapi suami menolak utk bermadu, macam mana?

Ustaz cakap,

"Tak payah la pergi jauh, saya sendiri pun isteri saya nak carikkan madu."

Waktu ni Ally Iskandar dah melompat dari kerusi terus masuk set satu lagi walhal dia kat set lain time tu. Hahahahah kelakar gila. Ustaz cool je cakap, dia tak boleh nak turutkan. Masa tak banyak. Dia busy.
Hahahaha



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen