Kadang Manja, Kadang Sakitkan Hati... Yang Bujang Tu Nak Kenal Perempuan Macam Mana? Jom Baca Ini.

 

Bila bercakap mengenai perempuan, apa yang akan difikiran anda?

Sensitif, manja, penyayang, kuat merajuk dan pelbagai lagi? Ya, itulah perempuan tapi itu baru sikit. Banyak lagi yang anda tak tahu mengenai perempuan ini. Nak-nak lagi yang masih bujang.

Perempuan ini bukan mudah nak diduga, mereka ini boleh merubah fikiran dengan sekelip mata je. Sekejap nak itu, sekejap nak ini. Haa, itu yang peningkan kepala sebab mereka tak tahu apa yang mereka nak.



Kalau nak tahu pasal perempuan ni lebih dekat, mari baca perkongsian daripada Farizal Radzali ini, boleh lah kenal serba sedikit pasal perempuan ni.

Perempuan… 🤣

Kalau takde tudung yang match dengan baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.

Kalau baju yang sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.

Keronsang yang dia beli RM10 dapat 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dengan muka mcm Orang dah ambil keronsang dia, dia akan kata, tak taulah pergi mana semua keronsang tu.

Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet.

Dia yang buat hal, lepas tu dia yang merajuk.



Kalau Orang usik tudung yang dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu tahun lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je baik-baik. Dah pakai kang kedut gak balik.

Dia boleh pakai tudung dengan pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial Orang lain, tapi lipat kain dia malas.

Orang marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.

Dia tahu sakit bersalin tu mcm nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.

Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.

Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yang kotak besar tu, itu pun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla… Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam-macam la… so, jangan silap kaler ok.



Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila Orang tak paham, dia sedih. Huhuhu….

Dia tahu sakitnya dianiaya orang yang dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yang mengerti.

Dia boleh jadi dragon fly yang comel, boleh jadi dragon fire yang menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yang susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dapat pun boleh terlepas balik ok.

Itulah perempuan, penghibur terbaik yang Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,560 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen