Alamak! Majlis Dah Dekat Tapi Pipi Masih Bulat Macam Pau. Ikut 4 Langkah Ini Pasti Pipi Runcing Kembali.

 

Aduh kalutnya majlis semakin dekat, tapi pipi masih bulat macam pau lagi. Kalau senyum atas pelamin mesti nampak pipi yang lebih nanti. Eee… nak buat macam mana ni? Buat-buat bakal pengantin mesti akan mula rasa bimbang kalau-kalau pipi yan g bulat macam pau tu tak hilang-hilang lagi bila majlis semakin dekat.

Setiap orang mestilah nak badan yang langsing serta pipi yang runcing untuk hari bahagia mereka, tapi apa nak buat kalau badan je langsing tapi pipi masih lagi pipi pau.

Okay, relax okay, ada cara sebenarnya nak miliki muka yang runcing macam artis-artis tu. Cuma yang membezakannya korang sanggup habiskan duit ataupun amalkan beberapa petua yang selamat ini.



Nak tahu? Mestilah nak kan….

1. Kunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah atau chew gum selain boleh menenangkan saraf, ia juga boleh meniruskan pipi korang. Secara tidak langsung, ketika korang mengunyah gula-gula getah ia sudah membuat rahang dan pipi korang bersenam. Korang cuma perlu mengunyah gula-gula getah setiapkali selesai makan. Tapi jangan buat berlebihan ye nanti mendapat sakit rahang gigi pula!

2. Buka mulut luas-luas

Buka mulut luas-luas dengan penuh semangat wajar, seperti waktu korang buat pemeriksaan gigi.

Tahan dalam beberapa saat Dan tutup mulut korang. Ulang beberapa kali selama beberapa minit. Lakukan tiga kali sehari. Ingat Jangan berlebihan ye kerana ia boleh membuatkan rahang korang menjadi sakit.



3. Menyedut pipi

Sedut pipi kiri dan kanan korang kedalam sekuat mungkin. Tahannya selama beberapa saat atau seminit.Kemudian lepaskan dan lakukannya secara berulang-ulang kali. Mudahkan




4. Facial wajah

Facial wajah atau urutan wajah dapat membantu menringankan ketegangan dan perit setelah melakukan beberapa senaman wajah tersebut. Lakukan sendiri di rumah dengan cara melakukan gerakan pusingan ye.

5. Senyum dan Ketawa

Senyum dan ketawa mampu menguruskan pipi korang kerana otot – otot wajah akan menjadi relaks. Selain mampu kuruskan pipi, ia juga boleh membuatkan wajah korang selalu awet muda. Jadi hiduplah dengan positif dan ceria.

Selamat mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen