Mengalah Bukan Bermaksud Kalah, Tapi Lebih Kepada Takut Kehilangan...

 

Kalau api dengan api sudah tentu tak akan membakar keseluruhan tempat, maka satu kena menjadi apa dan satu lagi kena menjadi air yang mematikan air tersebut.

Begitulah juga dalam perhubungan ini, kalau dua-dua marah dan tidak ingin bertegur sapa, sudah tentu hubungan akan melarat mejadi tawar hati. Sebab itulah, kalau dalam hubungan ini tidak kisahlah baik suami atau isteri kena menjadi seorang yang mengalah.



Bukan mengalah sebab kita ini salah, tetapi sebab kita ini sayangkan hubungan kita. Ya, hubungan itu sebenarnya lebih bernilai berbanding rasa marah, sikap ego serta geram kita ini. Jadi kalau anda yang mengalah, jangan sedih tetapi tersenyumlah kerana anda tidak akan hilang orang yang dicintai.

Dalam panasnya pasangan kita itu sudah tentu akan ada dinginnya, jadi jangan takut kalau dirinya sekiranya dirinya meleting atau mengamuk, sudah tentu dia sebenarnya lagi gembira. Ini kerana pasangan yang saling menyayangi antara satu sama lain akan mudah rasa rindu jika tidak bertegur sapa.



Jadi, pujuklah pasangan anda bila dia sedang marah. Katakan bahawa anda yang salah. Hatinya akan mudah lembut bila anda mengaku silap tersebut. Silap-silap dirinya juga akan menyatakan bahawa itu salah dirinya juga. Jangan takut, dia pasti akan cair dengan pengakuan anda.

Jangan lupa untuk meminta maaf pada dirinya, kerana perkataan maaf itu mampu melembutkan hati yang sedang keras. Kerana maaf itu juga mampu memadamkan hati kemarahan. Jangan malu untuk katakan maaf, kerana meminta maaf itu mudah, memaafkan itu sukar tapi jangan bimbang mereka yang menyayangi anda akan mudah memaafkan.

Usah diungkit lagi pergaduhan yang lalu, hanya fokus apa yang dihadapan. Jika itu satu salah faham maka, segera jernihkan. Jangan diungkit atau dikenang kerana ia hanya akan merosakkan hubungan. Sayang hubungan bukan? Jangan takut untuk melupakan masalah sekecil itu.



Tapi, jika masalah itu besar dan mungkin akan menjadi duri dalam hubungan kalian, maka cari penyelesaian yang mudah. Penyelesaian yang akan diterima oleh kedua-dua pihak. Jangan takut untuk selesaikan jika ia benar-benar bukan salah sesiapa pun. Bukan penyelesaian yang berat sebelah.

Apa yang penting dalam hubungan ini adalah saling menghargai. Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata tetapi cukup jika ia dilakukan dengan perbuatan. Ini kerana, apabila kalian saling mencintai dengan ikhlas, setiap perbuatan itu adalah satu penghargaan buat pasangan.

Kadang-kadang mengalah itu menyakitkan, tapi lagi sakit kalau kita hilang orang yang tersayang. Apa sangatlah nak diperdebatkan dengan masalah yang sekecil itu, biarkan ia hadir untuk mengeratkan hubungan sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen