Panggil Isteri 'Ibu, Mama, Ummi' Jatuh Hukum Zihar? Ini Penjelasan Pu Azman.

 

Telah menjdai kebiasaan orang kita memanggil nama pasangan dengan panggilan khas buat pasangan kita. Mungkin ada yang panggil ‘Sayang, atau Ayang’, biasanya panggilan ini akan berbeza apabila baru-baru kahwin dan selepas miliki anak.

Selepas miliki anak, rata-rata pasangan akan mula memanggil panggil seperti ‘Ibu, Ummi, Mama’ dan sebagainya. Namun begitu, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa ia tidak wajar malah boleh dikaitkan dengan jatuh hukum Zihar.



Pastinya ramai yang keliru akan perkara ini, jadi untuk penjelasan lanjut, sama-sama kita fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali Pu Azman, berkaitan hukum ini di laman Instagram miliknya.



Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.

Apakah maksud zihar?.

Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami

Contoh suami cakap kat isteri, "punggung awak sama macam punggung mak saya".

Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.

Hukumnya haram dan berdosa besar.

Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.

Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.

Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.

Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah.

• Panggilan kasih sayang
• Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
• Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.

Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.

Yang abi tu jangan tambah 'b' pulak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen