Bakal Pengantin Kena Tahu 5 Bahasa Cinta Ini, Barulah Nanti Hubungan Harmoni, Bahagia Sentiasa Walupun Dah Lama Kahwin.

 

Selepas sahaja diijab kabulkan, maka itu adalah permulaan untuk kalian bercinta selamanya tanpa halangan dan Batasan. Bahkan pada ketika inilah, kalian akan merasa makna cinta sebenar. Bukan sebelum ini tidak cinta, tapi bila dah halal ini ia lebih yakin dan membahagiakan jiwa.

Akan tetapi, kita tahu bahawa dalam perkahwinan ini ada pasang surutnya. Jadi sebagai suami isteri, kita perlu tahu bagaimana hendak kendalikan hubungan tersebut. Bukan ke kalian telah berjanji untuk mengharungi susah senang bersama, jadi apabila hubungan semakin suram, maka masing-masing perlu bijak gunakan bahasa cinta yang tersimpan.

Tak tahu bahasa cinta dalam hubungan suami isteri? Jom sama-sama kita ikuti perkongsian daripada Akhtar Syamir atau BroOhsem ini.



Jelasnya, cinta mempunyai bahasa yang tersendiri. Ada pasangan yang berjaya menguasai Bahasa Cinta ini, tetapi ada juga yang sehingga ke hujung usia masih gagal bercakap Bahasa Cinta.

Bagi dirinya, kebahagiaan pasangan tidak boleh dinilai dengan masa, walaupun telah berkongsi segala-galanya bertahun, itu belum menjamin mereka ini boleh berbahasa cinta, baik yang lama kahwin, ataupun baru sahaja berkahwin.



Mari kita bongkar 5 Bahasa Cinta yang saya olah dari buku The Five Love Languages oleh Gary Chapman.

5 Bahasa ini jika anda dapat kuasai semuanya, kebahagiaan itu akan menjadi milik anda berdua. Tetapi jika anda berjaya kuasai bahasa yang sama dengan pasangan anda, walaupun 1 sahaja pun sudah mencukupi.

Apakah 5 Bahasa Cinta? Bagaimanakah untuk menggunakannya dan apa yang perlu dielakkan?

1. Kata Pengesahan

Anda suka dihargai secara lisan. Anda suka dipuji, diberi galakan, kata-kata semangat, dorongan, penghargaan dan ayat-ayat manis menjadi makanan utama yang membahagiakan anda.

Jika pasangan anda berbahasa begini, bercakaplah selalu. Pujilah dia bila dia buat sesuatu, mengoratlah dia supaya dia layu, gunakan ayat-ayat cinta untuk buat dia tersenyum dan beri semangat apabila dia perlukan.

Jangan sesekali bercakap kasar, mengherdik, mengutuk dan menjerit dengan pasangan yang berbahasa begini. Dia akan menyedut 200% dari apa perkara buruk yang kita ungkapkan.

2. Masa berkualiti

Masa, masa dan masa. Anda tidak perlukan sangat benda lain, hanya masa bersama pasangan sudah cukup. Anda suka berbuat sesuatu dengan pasangan. Anda ingin berkongsi masa dengannya. Anda tidak kisah buat apa pun asalkan bersama pasangan. Tak perlu keluar kos mahal-mahal pun tidak mengapa. Berjalan berdua di di pasar pagi pun dah jadi saat yang bahagia.

Jika pasangan anda berbahasa begini, sila ambil berat tentang masa anda. Pastikan rancang betul-betul supaya tiada masa terluang yang sepatutnya boleh dihabiskan dengan pasangan. Anda beri masa, anda akan bahagia. Semudah itu.
Jangan memandang rendah keperluan masa orang yang berbahasa begini. Masa bersama yang tidak cukup boleh membuatkan pasangan anda sunyi dan kadang-kala membawa kepada tekanan dan kemurungan.



3. Menerima Hadiah

Anda gembira menerima sesuatu dari orang yang anda sayangi. Tak perlu yang mahal-mahal pun. Asalkan ianya pemberian dari yang tersayang, anda akan sangat gembira dan menghargainya. Ia melambangkan betapa pasangan anda menghargai anda dengan memberi hadiah.

Jika pasangan anda berbahasa begini, amalkan memberi dan sentiasa memikirkan dia. Singgah kedai runcit? Fikirkan apa yang ingin diberi kepada dia. Keropok ke, air ke, coklat ke. Tiada masalah. Asalkan anda membeli sesuatu untuk dia. Lebih baik apabila anda tahu apa yang dia suka terima, jika dia suka bunga, belikan. Jika mampu, belikan yang mahal juga.

Jangan sesekali beri sesuatu pada orang lain tanpa ada bahagian dia. Itu akan nampak seperti meminggirkan dia. Belilah apa-apa pun sebagai penyejuk hati. Macam saya cakap tadi, tak perlu yang mahal pun.

4. Khidmat

Anda suka apabila pasangan buat sesuatu untuk anda atau bantu anda buat sesuatu. Contohnya anda suka diurut, anda suka pasangan masak untuk anda, anda suka pasangan bersihkan rumah dan lain-lain. Anda rasa dihargai apabila pasangan bantu atau buat sesuatu untuk anda.

Jika pasangan berbahasa sebegini, bantulah dia di dalam kerja-kerja rumah. Masaklah sesuatu untuknya atau masaklah makanan kegemarannya. Bantu isteri basuh pinggan, basuh baju, jagakan anak dan lain-lain. Yang si isteri pun boleh bantu suami dengan mengekalkan rumah dalam keadaan kemas atau selalu sediakan pakaian yang sudah bergosok. Jika anda buat sesuatu untuk si dia tanpa disuruh, itu lagi melambangkan betapa anda mencintai dia.

Jangan biarkan pasangan terkontang-kanting membuat kerja keseorangan. Jangan pula tidak ambil peduli mengenai keperluan pasangan seperti pakaian dan makanan.

5. Sentuhan fizikal

Anda suka disentuh. Anda suka dimanja, dicium, dipegang, diangkat, dipeluk, digigit dan lain-lain lagi. Satu geseran tangan memberi impak 10 kali ganda dari seribu ayat-ayat cinta.

Jika pasangan berbahasa begini, terkamlah dia. Manjakan dia. Sentuhlah dia selalu, belailah dia. Amalkan pelukan manja, ciuman mesra. Selalunya pasangan begini mempunyai tahap ghairah dan cinta yang tinggi. Gunakan penghargaan ini sepenuhnya dan anda juga akan dapat manfaatnya.

Jangan abaikan pasangan berbahasa begini. Jangan biarkan dia bersendirian tanpa sentuhan terlalu lama. Dia akan merajuk dan kecewa. Perlu ambil tahu adakah anda sudah mencium dia hari ini? Jika belum, ciumlah. Amalkan juga pelukan-pelukan sebelum ke tempat kerja dan apabila pulang dari kerja. Anda ada tugas penting untuk memuaskan keinginan dia, tunaikan tanggungjawab anda sepenuhnya.

Itulah dia 5 Bahasa Cinta. Lubuk rahsia kebahagiaan rumah tangga? Sangat betul. Bayangkan jika anda berjaya menguasai kesemuanya. Anda pasti akan diangkat setinggi-tingginya oleh pasangan anda. Dan sudah pasti anda dan pasangan akan benar-benar melayari bahtera cinta tidak kiralah berapa lama masanya.

Semoga ini semua memberi manfaat. Semoga lebih banyak pasangan menguasai 5 Bahasa Cinta ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen