Lelaki Sejati Itu Mahal, Tak Akan Termakan Dengan Godaan Murahan...

 

Lelaki sejati, apa yang kita sefaham akan mengenai lelaki sejati ini? Adakah ia lelaki yang tidak akan menyakiti hati-hati wanita disekelilingnya? Adakah mereka ini lelaki yang tahu melindungi wanita? Kalau bercakap mengenai lelaki sejati ini, sudah tentulah ia bukan satu perkara yang kecil. Ia akan menjadi begitu luas, sehingga ia boleh menjadi begitu subjektif.

Yang kita tahu, lelaki ini begitu mudah dengan godaan harta, pangkat dan juga wanita. Sebab itu pada zaman Nabi saw dulu, baginda pernah ditawarkan harta, pangkat dan wanita namun ditolak oleh baginda. Di sini jelas terbukti bahawa lelaki akan begitu lemah dengan tiga perkara ini.



Jadi bagaimana dengan lelaki sejati?

Menurut Muzaffar Syah Mallow Pensyarah Kanan, Fakuti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), LELAKI yang sebenar sepatutnya tidak mudah tergoda dengan pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka. Lelaki yang sebenar sepatutnya dapat menahan diri mereka daripada pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka serta mempertahankan diri mereka sendiri daripada menjadi mangsa godaan terbabit. Ini sesuai dengan fitrah ciptaan kaum lelaki itu sendiri yang telah diciptakan oleh Tuhan sebagai kaum yang kuat dari segi mental, emosi dan fizikal.

Alasan mudah tergoda dengan kaum wanita tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki berkenaan memiliki tahap keimanan serta kewarasan yang tinggi. Setiap manusia termasuk kaum lelaki telah dikurniakan akal fikiran untuk membezakan antara baik dan buruk. Adalah penting untuk lelaki mengunakan akal fikiran yang telah dikurniakan untuk membantu golongan yang lemah dan bukannya melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah kepada orang lain khususnya kepada kaum wanita. Sebagai kaum yang telah diciptakan oleh Tuhan dengan memilki kelebihan serta kekuatan dari pelbagai aspek, kaum lelaki wajar memainkan peranan mereka untuk melindungi bukan sahaja kaum wanita malah perlu memainkan peranan mereka untuk melindungi golongan kanak-kanak, orang-orang tua serta lain-lain golongan yang memerlukan daripada sebarang bentuk keganasan dan jenayah.



Kaum lelaki perlu menjadi seorang lelaki yang sejati dengan menjadi seorang ketua dan pembimbing. Orang lelaki tidak boleh asyik mengunakan pelbagai jenis alasan untuk tidak memainkan peranan mereka sebagai seorang lelaki, ketua serta pebimbing kepada keluarga mereka sendiri. Kaum lelaki tidak sepatutnya mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum wanita serta golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Kaum lelaki wajar menghulurkan sebarang jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan. Perkara ini selaras dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang membawa maksud:

“Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka” (Surah An-Nisa: Ayat 34).

Ajaran agama Islam itu sendiri telah mensyariatkan supaya kaum lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap kaum wanita serta pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Sebagai pemimpin di dalam sesebuah keluarga juga, kaum lelaki atau golongan suami dipertanggungjawabkan untuk sentiasa menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri serta anak-anak mereka. Amat malang jika kaum lelaki yang diharapkan menjadi seorang pelindung dan menjamin keselamatan kaum wanita bertindak sebaliknya sehingga terjadinya pelbagai jenis kejadian jenayah seperti rogol, sumbang mahram, gangguan seksual, kes keganasan rumah tangga dan lain-lain lagi. Agama Islam melarang keras sama sekali untuk mana-mana pihak untuk melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah terhadap pihak yang lain.



Agama Islam yang dilihat melebihkan kaum lelaki pada kedudukan bukan bermakna kaum lelaki berkuasa melakukan apa saja mengikut sesuka hatinya. Kuasa dan kekuatan yang telah dikurniakan dan dimiliki oleh kaum lelaki perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk melakukan amal kebaikan dan bukannya melakukan perkara buruk atau kejahatan terhadap kaum wanita serta golongan yang memerlukan. Kaum lelaki mesti menunjukkan perasaan kasih sayang dan menyuburkan perasaan ceria kepada kaum wanita serta kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan fitrah kekuatan dan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kaum lelaki itu sendiri. Amalan itu juga akhirnya akan mewujudkan perasaan hormat dan sayang daripada kaum wanita serta golongan yang memerlukan terhadap kaum lelaki itu sendiri.

Kaum lelaki perlu memastikan kaum wanita serta mana-mana pihak yang lemah tidak menjadi mangsa keganasan serta jenayah. Kaum lelaki juga perlu sentiasa bersama-sama menegakkan serta memberi keadilan kepada kaum wanita serta mana-mana pihak yang memerlukan bantuan supaya nasib golongan berkenaan terbela.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,449 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen