Wanita Tidak Boleh Memotong Kuku Ketika Hadas Besar, Sekadar Kepercayaan Atau Memang Dilarang Oleh Agama? Ini Penjelasannya.

 

Ramaikan wanita-wanita yang menahan diri untuk memotong kuku, rambut atau bulu-bulu pada tubuh badan ketika haid dan nifas. Wanita sering dimomokkan dengan bahawa tidak boleh potong benda yang berada di tubuh badan, malah ramai yang percaya.

Bukan itu sahaja, kalau ada yang memotong pada waktu-waktu itu, makai a perlu dibawa bersama ketika hendak mandi wajib.

Akan tetapi, adakah ia sekadar kepercayaan ataupun hanya kata-kata kosong yang disalah ertikan? Pasti ramaikan wanita-wanita diluar sana yang mengikuti perkara ini.



Namun, menurut Pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pu Azman, tiada dalil yang melarang wanita haid, nifas atau hadas besar untuk melakukan segala perbuatan itu.

Malah, tidak perlu untuk dibawa semua yang sudah dipotong ketika mandi wajib kerana tiada dalil mewajibkannya.

“Tiada kaitan langsung kuku atau bulu yang tidak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu.

“Mungkin disebabkan inilah ada perempuan yang takut hendak kerat kuku ketika haid sedangkan kuku yang sedia ada pun memang panjang bak kuntilanak dan waktu haid pun panjang lagi,” katanya.

Tambahnya, bahkan ada hadis ketika isteri Rasulullah SAW, Aisyah menunaikan haji wada’ bersama-sama, Rasulullah SAW memintanya untuk mandi dan bersisir.



Sebagaimana sabda Rasulullah maksudnya: “Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah.” Riwayat Bukhari & Muslim

“Daripada hadis ini kita faham bahawa bersikat mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan nabi tidak ada langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa mandi wajib tadi.

“Jadi kesimpulannya boleh atau harus potong rambut dan kuku ketika haid atau nifas. Tidak wajib tanam kuku, bulu atau rambut yang sudah dipotong,” jelasnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen