Setiap Kerja Rumah Yang Isteri Lakukan Ikhlas Kerana Allah, Insya Allah Ganjaran Besar Menanti Di Akhirat Kelak.

 

Sebagai seorang isteri, tugas kita ini membantu suami kita meringankan bebannya, terutama dalam menguruskan rumah. Seperti yang kita tahu bahawa orang lelaki ini tak ramai yang mahir dalam menguruskan rumahtangga, jadi kita sebagai isteri mereka ini yang akan meringankan bebannya.

Walaupun ramai sahaja isteri-isteri yang berkerja, tapi ramai juga yang masih cekap menguruskan rumahtangga. Tak ketinggalan juga surirumah yang sememangnya lebih cekap menguruskan segalanya. Namun begitu, segala perbuatan dan tugas-tugas yang kita lakukan ini kerana ingin mendapat pujian di mata suami ataupun ganjaran di akhirat kelak?

Pasti ramai diantara kita yang ragu-ragu bukan, tak tahu semua perkara yang kita buat ini kerana Allah mahupun suami, tapi yang kita tahu itu tanggungjawab kita sebagai isteri, betul tak?

Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini mungkin membuka mata para isteri, di mana mudah untuk kejar pahala daripada Allah swt.

Semoga bermanfaat.



Kerana suami, atau kerana Allah s.w.t?

Something to ponder...

Bangun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan-bahan, kerana suami, atau kerana Allah?

Masak tengahhari, petang dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?



Kita tak pernah pun terfikir sehingga tahap, "Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh atau takut suami marah..."

Kalau niat kerana Allah, ianya jadi ibadah dan dapat pahala...kalau niat kerana manusia, kita tak dapat apa-apa dan kita akan mengharapkan manusia itu untuk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yang kita telah buat kepadanya...ini yang seringkali membuatkan kita kecewa, ini yang seringkali membuatkan kita marah...ini yang seringkali menghampakan kita...

Sebab tak dapat penghargaan setimpal dengan apa yang kita dah buat kepadanya...



Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala untuk setiap perkara yang dilakukan anda, kalau tidak didunia, maka di akhirat, kalau tidak sekarang, mungkin esok atau lusa...apa yang pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dengan kebaikan...

Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yang anda buat sebagai isteri adalah لله تعالى... Allah jualah yang dapat membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama suami...

Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen