Bukan Suami Tak Tahu Menghargai Isteri, Tapi Isteri-Isteri Yang Tak Perasan Cara Orang Lelaki Menghargai.

 

Rata-rata wanita pasti akan berpendapat bahawa pasangan mereka ini kurang menghargai mereka, malah ada juga yang menyatakan bahawa mereka ini kurang rasa dihargai. Perkara-perkara sebegini akan membuat seorang isteri itu terasa hati dengan suami sendiri.

Wanita ini sememangnya sangat suka jika dihargai. Sebab itu mereka ini sukakan kata-kata yang manis, suka diberi hadiah malah suka dipujuk. Ini kerana, mereka rasa dihargai dengan perkara sebegitu. Di mana, mereka ini nampak dan rasa.



Tapi adakah menghargai itu perlu ditunjuk? Perlu guna kata-kata untuk kita tahu?

Sama juga dengan kata sayang? Perlu ke setiap hari kata sayang dekat pasangan? Perlu ke setiap kali balik kerja cakap sayang dekat pasangan? Tapi cukup sekadar tunjuk melalui perbuatan. Di mana pasangan kita setia dengan kita, faham serta bertolak ansur dengan kita.



Sebagai contoh;

Isteri kata, suaminya tak pernah puji masakkannya. Tetapi bagi suaminya dengan berulang kali tambah hidang tersebut adalah cara memuji isterinya.

Sama juga dengan isteri kata suaminya tak pernah belikan hadiah buatnya, tapi dengan membelikan almari, sofa serta kemahuan lain itu juga merupakan hadiah dari suaminya.

Ada juga yang kata suaminya tak pernah pujinya lawa atau cantik, tapi bila suaminya senyum kepadanya itu tanda suaminya pujilah tu.

Apa yang membezakannya adalah mereka ini menggunakan perbuatan untuk menghargai isteri mereka, tapi tidak difahami oleh isterinya.



Macam yang dinyatakan oleh Ustazah Asma Harun, manusia ini banyak besarkan makhluk daripada membesarkan Allah swt.

Sedangkan segalanya itu datang dari Allah. Dapat suami yang baik, Allah yang bagi, suami yang pandai menghargai Allah juga yang bagi. Rata-ratanya semua Allah yang bagi, tapi bila kita besarkan makhluk berbanding Allah, maka Allah akan tarik satu persatu sebagai tanda untuk kita ingat kepadaNya.

Banyak isteri-isteri yang tidak perasan ada cara orang lelaki ini menghargai isterinya. Kalau dapat suami yang tahu menhargai dengan kata-kata, dengan pujian itu maka bersyukurlah. Tapi kalau dapat yang tak sebut melalui kata-kata malah dengan perbuatan lagi kena bersyukur kerana hati kita tak rosak dengannya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,477 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen