Nak Jadi Isteri Sempurna Itu Sukar, Kejar Bahagia & Jadi Penyabar Dulu. Barulah Boleh Nikmati Alam Perkahwinan.

 

Ramai yang tanya macam “mana nak jadi ibu yang baik, macam mana nak hilangkan baran?” dan sebagainya terhadap anak-anak dan suami.

Kita orang perempuan ini memang nak jadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Nak jadi ibu yang baik buat anak-anak, malah nak jadi isteri yang sempurna buat para suami. Tapi itulah, kita ini manusia biasa je, mana boleh nak jadi sesempurna yang kita fikirkan.

Ada masa kita akan buat silap juga, ada masa kita rasa malas juga. Sebab itu, orang perempuan ni mudah sangat naik angin. Nak-nak lagi apabila apa yang dilakukan itu tak seperti yang dimahukan. Itu yang kejap je bertukar jadi singa dekat anak-anak dan suami.

Ibu-ibu dan isteri-isteri, jangan sibuk sangat nak jadi yang sempurna. Cuba kejar kegembiraan dan kebahagiaan dulu, dalam tempoh ini kesabaran adalah kunci utama.

Macam perkongsian dari Puan Wawa Shauqi ini memang kena dengan situasi ibu bapa masa kini. Bukan mudah nak jadi seorang yang sabar, tapi diri sendiri tahu had limit kesabaran dalam diri.



Dear parents Dear mommies.
You don't need to be perfect. Just be patient.

Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.

You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.

Suami kena tengok-tengok isteri

Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.

Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia 'me time' 2 hari 3 malam di Damai Laut.



Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.

Yup, just simply being a therapist to her.

Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.

Kalau tak larat tinggal dulu

Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!

Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan 'gunung Kinabalu' yang makin tinggi setiap hari.

Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.

Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn't define your happiness... so relax.

Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.

Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.



Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.

Sayangi diri dulu

Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.

Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.

Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.

Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.

You are beautifully made by Allah.
Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen