Bila Dah Sah Jadi Suami Isteri Nanti Jangan Lupa Pergi Honyemoon, Ini Pentingnya Bulan Madu Yang Korang Kena Tahu.

 

Bila dah nak dekat-dekat kahwin je, mesti akan ramai yang mula rancang nak pergi honeymoon mana. Nak pergi luar negara ke nak pergi dalam negara ke, semuanya bergantung pada pasangan tu sendiri. Alaa, orang kata ikut bajet masing-masing la kan.

Tapi, penting sangat ke honeymoon tu sampai kena pergi lepas majlis?

Setiap orang sudah tentu ada pendapatnaya yang tersendiri. Ada yang kata ia penting sebab nak bagi rasa kehangatan nikmat pengantin baru. Ada orang pula rasa, honeymoon ni oleh pergi bila-bila je yang ada waktu lapang.

Haa, yang mana?

Sebenarnya honeymoon ni pentinglah juga untuk pasangan yang baru kahwin. Di mana, masa honeymoon ni adalah masa untuk mereka menghabiskan masa berdua sahaja. Bahkan ia lebih privacy. Masa ni juga korang boleh dapat  bersedia beberapa perkara di bawah ini.



1. Perbincangan.

Bila honeymoon ni korang akan lebih fokuskan masa korang berdua je, bahkan masa awal kahwin ni dia punya manis masih banyak lagi. Jadi sesuailah kalau korang nak buat perbincangan yang serius. Macam mengenai pengurusan kewangan, kediaman serta lain-lain lagi.

Biasanya kalau baru kahwin, sikap tolak ansur masih lembut, jadi guankan ia untuk membuat kata putus dan sefahaman bersama.



2. Eratkan hubungan.

Masa honeymoon ni juga boleh eratkan hubungan suami isteri. Di mana, menghabiskan masa antara satu sama lain akan membentuk satu hubungan yang erat. Lagi-lagi kalau ditambah kemesraan di dalamnya, sudah tentu kalau ada salah faham ketika rancang majlis hari tu pun boleh selesai.

3. Bagi peluang untuk mulakan rasa privacy

Mungkin akan ada yang duduk dengan keluarga mertua ataupun duduk berjauhan dengan pasagan. Jadi masa honeymoon ini adalah sesuai untuk mereka merasai ruang privacy dulu sebelum perkara-perkara tersebut dilalui bersama. Orang kata, buat permulaan yang baik sebelum harungi cabaran bersama.



4. Peluang yang datang mungkin sekali.

Tak semua pasangan bernasib baik untuk merasai honeymoon berulang kali, jadi kalau mula-mula kahwin dah pergi boleh la buat kenang-kenangan. Bukan apa, nanti kalau dah ada anda lagi susah nak honeymoon berdua. Jadi gunakan je peluang ini sebaik mungkin.

Jadi tak salahkan kalau ada honeymoon ni?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,626 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen