Dapat Isteri Berkerjaya Bukan Tempat Untuk Ambil Kesempatan, Suami Masih Ketua Keluarga. Jangan Abaikan Tanggungjawab Suami, Yang Masih Bujang Itu Kena Jelas Akan Perkata Ini.

 

Isteri ni amanah yang diberikan buat suami-suami. Amanah ini kena jaga elok-elok, disayangi malah jangan ditindas. Suami-suami kena tahu tanggungjawab sebagai suami, bukannya menggunakan kata-kata manis untuk memerangkap isteri.

Perkahwinan ini adalah perkongsian hidup antara satu sama lain, semua bende kena kongsi. Tapi suamilah yang kena lebih berkongsi dengan isteri, terutama melibatkan nafkah. Suami ada tanggungjawab besar dalam memberi nafkah buat isteri dan anak-anak. Jangan kerana isteri berkerjaya, maka suami lepas tangan.

Zaman sekarang ini, banyak je suami-suami yang ambil kesempatan terhadap isteri yang berkerjaya. Salah satunya macam kisah yang dikongsikan Marliya Ramli ini, tegar betul suami yang dipercayai isteri mengambil kesempatan dan menipu wanita yang dikasihinya.



Bab poligami laju, bab nafkah sepi

Ramai yang salah anggap. Jahil pun ya jugak... Bab poligami kawen dua tiga pung pang pung pang. Berbulu telinga kita yang mendengar nya. Menyampah pun ada juga.

T.E.T.A.P.I...

Kalau sebut bab nafkah melenting. Mula nak hangin satu badan.

Dah isteri bekerja, kena lah bantu suami. Kena lah share pendapatan. Begitulah fikiran kebanyakan manusia umat di akhir zaman. Bukan setakat suami, mertua dan ipar duai pun keluarkan kenyataan dangkal begini. Satu keluarga tak sekolah secara berjemaah.

Ada juga suami hari ni dah tak segan-segan malah siap ada yang malas bekerja harapkan wang isteri untuk penuhkan perut sendiri. Nak apa-apa minta isteri buat personal loan. Kemudian dah dapat wang modal bergaya, curang dengan wanita lain.



Padahal...

Dan beratus kali ustaz beritahu hukum dalam agama. Dalam wang isteri, 100% hak isteri. Dalam wang suami ada hak isteri. Sebab itulah jatuhnya kewajipan nafkah.

Wang isteri adalah wang isteri,
Wang suami sebahagiannya wang isteri.

Ini fakta tapi ramai yang akan melenting bila sebut.... Ramai yang akan hangin satu badan. Ada juga yang fikir nafkah dalam bentuk wang semata-mata.

Sebenarnya konteks nafkah tersangat luas dan suami perlu menyediakan :

1. Wang belanja dan barangan dapur kalau ikut lembaga zakat sekitar rm250 sebulan mengikut kemampuan dan keperluan rumahtangga

2. Tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri membuka aurat. Bukan suami pula suka hati biarkan ipar duai bukan mahram keluar masuk bilik tidur tanpa malu segan di rumah isteri diami.

3. Makanan asasi isteri dua kali sehari. Kalau kawen dengan wanita itali, isteri nak makan spagethi dua kali sehari, sediakan sebab itu makanan asasinya. Makan minum isteri adalah tanggungjawab suami.

4. Dua persalinan set lengkap pakaian termasuklah pakaian dalam, stokin, skaf dan tudung setiap tahun.

5. Peralatan mandian. Berus gigi, sabun mandi, shampoo dan segala yang berkaitan

Ini baru cerita nafkah terhadap isteri. Belum lagi perbelanjaan anak-anak. 100% kalau ikut hukum akan terletak di batu jemala bahu suami. Ramai yang buat-buat jahil soal ini. Bab poligami je kita pung pang pung pang tepuk meja kedai mamak. #apeni



Tapi bukan salah suami semata-mata. Ada spesis wanita kat luar sana pun salah juga. Spesis wanita low class gemar mencari shortcut amik suami orang. Mudah.. tak payah susah-susah nak lalui zaman ikat perut.

Ada wanita jenis bercita-cita nak tangkap jerung terus, masuk rumah goyang kaki. Extend masjid dan ikut sunnah katanya. Ada.... Parasit tak pilih jantina. Ada jantan dan ada betina.

Suami.... soal wang ringgit bila kita dah capai satu tahap yang stabil, jangan gelap mata dengan takhta dan wanita yang menyondol anda. Berhati-hati. Masa susah tak de sapa sudi pandang. Bila dah ada segala-gala lagi lah perlu berjaga-jaga.

Berbanding menduatigakan isteri sedia ada, lebih baik fokus untuk memperbaiki nafkah di dalam keluarga.

Nafkah adalah kewajipan. Bukan Tun M suruh. Bukan Donald Trump yang suruh. Tapi Allah yang suruh. Berani derhaka perintah nampak?

Berbincang dengan isteri secara baik

Kalaulah...

Suami benar-benar tak mampu, maka perlu jujur. Berbincang dengan isteri. Jaga hati isteri. Jadilah suami yang setia. Sebab apa? Sebab kita perlukan bantuan isteri dari segi meringankan tanggungjawab kita. Berbincang lah...

Suami perlu sedar. Bila isteri membantu ini bermakna isteri berbuat ihsan atau bersedekah. Jangan hingga pemberi sedekah tak redha atas sedekahnya.



Kalau macam ni gaya suami mengambil kesempatan, bila nak kaya? Memang tak kaya-kaya la... Sebab isteri tidak redha atas segala wang yang dibelanja.

Keluarga mawaaddah, sakinah dan jannah pun jauh sekali. Sebab kapten yang bawak kapal tak tahu pun undang-undang laut. Sebab itulah institusi kekeluargaan banyak yang musnah. Sebab kita sibuk menjulang bangga sunnah berpoligami sedangkan nafkah utama kita gagal buat.

Suami pun zaman hari ni dah ada sebahagian yang tak malu segan. Nak melawa, nak bergaya, nak pandu kereta mewah. Tetapi syarat nafkah pun tak lepas lagi. Sudah la tak lepas nafkah, curang pulak tu. Allahu...

Penafian: Kes ini tidak merujuk kepada semua. Ada suami yang mengamalkan sikap JUJUR, AMANAH DAN FATONAH seperti anda yang baca posting ini. So, kalau tidak berkaitan dengan anda, tak perlu melenting pula.

Salam sayang


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,010 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen