Banyak Benda Lain lagi Suami Nak Usik Isteri, Bab-Bab Nak Kahwin Lain Ni Jangan Jadikan Gurauan. Hati Isteri Boleh Sentap Dengan Kata-Kata Macam Ini.

 

Usik mengusik memang digalakkan dalam hubungan suami isteri, ini membantu untuk suami isteri bertambah mesra serta mengeratkan lagi hubungan. Tapi dalam saling bergurau atau usik mengusik tuh, jangan kita keterlaluan sangat. Kadang-kadang kita tak sedar kita dah sakitkan hati pasangan.

Kata-kata seperti ini memang ringan di mulut sesetengah lelaki, tapi rata-rata isteri berat nak menerimanya walaupun sebagai bahan gurauan.

“Nak kahwin lain lah.”

“Nak bawak pergi jumpa madu awak.”

“Kang aku kahwin lain kang.”

Ayat-ayat macam ni nampak macam bergurau, tapi dalam hati isteri tu bagaikan nak luruh hati perasaannya bila dengar orang yang mereka sayang cakap macam tu. Memang lah cuma bergurau dan nak buat isteri takut hilang suami, tapi cara lain kan banyak je lagi.

Macam yang dikongsi Farizal Radzali ini memang banyak betulnya. Banyak lagi benda yang boleh buat gurau selain poligami ni.



Tak faham dengan segelintir suami yang suka usik isterinya dengan poligami. Seronok eh.

Tak payahlah selalu, sesekali pun sebenarnya menyinggung perasaan tau. Nak pulak gurau depan orang ramai. Wah! Bangganya kamu.

Memang isteri tu senyum, faham suami tu bergurau. Tapi cuba bayangkan kalau isteri gurau, usik-usik manja macam tu. Eh, isteri tak boleh gurau macam tu sebab isteri tak boleh kawen 4 kan. Nak maut gurau macam tu, lagi-lagi depan orang. Tak pasal-pasal berdosa nanti kan. Jatuhlah ego suami.

Lagi sedih, bila ada suami gurau pasal poligami dengan isteri yang kekurangan seperti belum melahirkan anak walau dah kawen lama. Ada suami yang selalu kerja outstation gurau nak poligami supaya ada isteri kat tempat lain. Tak tahulah apa perasaan si suami, mungkin gembira dengan gurauan tu. Manalah tahu kan, ungkapan gurauan boleh jadi doa yang akan jadi nyata. Tapi pernah fikir tak apa rasa si isteri.



Ada orang kata, suami yang suka usik isterinya dengan poligami adalah suami yang setia sebenarnya. Suami beginilah yang takkan menduakan isterinya. Eh eh, gurau benda lain tak boleh ke? Banyak lagi benda lain boleh nak dibuat bergurau.

Tak dinafikan, poligami dibenarkan dalam islam. Kalau mampu, apa salahnya. Rasanya yang tak mampu ni yang suka mengusik bab poligami ni. Rasulullah pun berpoligami, tapi lihatlah bagaimana dia melayan semua isterinya.

Suami isteri perlu belajar & memahami sikap pasangan masing-masing. Jangan ikut seronok kita je. Ada suami yang tarik muka bila isteri sentap lepas diusik pasal poligami. "Eleh, usik sikit pun tak boleh." Hah! Iye. Usik sikit tak boleh? Dah habis idea ke nak mengusik? Dah takde benda lain nak dijadikan bahan usikan? Huh!

Nak isteri jaga hati suami, suami pun kena la jaga hati isteri. Ada benda boleh dibuat gurau. Ada benda tak boleh. Paham?

(Nota kaki : Segelintir ok, bukan semua. Kalau tak faham maksud segelintir, bukak kamus dewan.)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen