Betul Ke Wanita Kalau Kena Reject Boleh Jadi Kurus? Nak Tahu Jom Baca...

 

Secara fitrahnya wanita merupakan insan yang ingin dicintai dan dilindungi. Adakala apabila hati sudah berkenan dengan seseorang dan berhasrat untuk mengenali dengan lebih dekat, ada saja halangan mendatang, si dia sudah berpunya la, si dia tidak suka berkawan la, dan macam-macam lagi. Namun paling pedih bagi seseorang wanita adalah apabila direject disebabkan penampilan fizikalnya seperti saiz badan.

Sudah banyak kisah benar yang kita dengar dan baca, malah ada beberapa wanita tampil berkongsi pengalaman mereka menjadi kurus selepas direject oleh lelaki dan ada juga selepas ditinggalkan oleh pasangan kekasihnya. Bagaimana ini terjadi? Jangan salah faham ya, bukannya apabila kena reject, secara automatik akan menjadi kurus, tidak. Ianya disebabkan oleh perasaan sedih yang sudah bertukar kepada perasaan nekad. Dengan perasaan hiba yang menyelubungi diri, seseorang wanita itu mencari di mana silapnya dia, jika benar dia direject disebabkan saiz fizikalnya, maka dia yakin bahawa semua itu boleh diubah.



Wanita-wanita ini memasang tekad untuk menjadi kurus tetapi bukan untuk lelaki yang merejectnya, namun untuk membuka mata segelintir masyarakat yang merendahkan rupa paras seseorang disebabkan dirinya tidak kurus. Hakikatnya mereka yang berbadan besar ini apabila sudah kurus, lebih cantik berbanding mereka yang sudah sememangnya kurus.



Kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mengalami perkara ini iaitu direject, janganlah berasa susah hati dan putus asa sehingga boleh membawa kepada masalah kemurungan. Ingatlah setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jadikan ianya sebagai perangsang untuk anda buktikan bahawa semua orang boleh berubah, dan dengan menjadi kurus ini bukanlah semata-mata untuk membalas dendam, tetapi untuk kesihatan diri anda juga.

Bagi mereka yang baru nak mulakan misi kurus ini bolehlah amalkan beberapa jenis diet yang sering diamalkan pada masa kini contohnya eat clean, diet suku-suku separuh, diet intermittent fasting, dan ada beberapa lagi. Untuk mendapatkan info dan ilmu yang lebih banyak, boleh lah mengikuti group-group diet di Facebook, Instagram dan melalui Google juga. Semoga kita semua mendapat manfaat dan kesihatan berpanjangan hendaknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen