Diharuskan Kalau Pasangan Tinggal Berjauhan Kerana Mencari Nafkah. Bakal Suami Isteri Jangan Takut Pula.

 

Bila cakap pasal perkahwinan jarak jauh, sesiapa sahaja mesti tidak mahu melaluinya. Ramai yang tahu payahnya nak jaga hati dan perasaan apabila terpaksa berpisah dengan kasih sayang yang terikat ini. Orang yang betul-betul kental jiwanya sahaja yang boleh melalui dugaan seperti ini. Tapi kalau emosi hati hatinya lemah, mudah sangat terjentik dengan perkara yang bukan-bukan.

Kadang-kadang tu, seorang isteri terpaksa menguruskan anak-anak seorang diri kerana suaminya berkerja jauh di tempat lain. Nampak tak betapa gigih dan besarnya pengorbanan isteri serta ibu yang jauh dari suaminya ini.



Tapi apa kan daya, sepasang suami isteri terpaksa berjauhan kerana suaminya perlu mencari nafkah buat anak-anaknya. Hati dan mulut memang kata tak rela tapi itulah yang terpaksa ditempuhi pada ketika ini.

Namun begitu, menurut pakar agama dan pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, suami yang berjauhan dengan isteri dan anak-anak perlu berterima kasih kepada isteri yang berkorban seorang diri mendidik dan membesarkan anak-anak.

"Jarang kita lihat wanita yang mampu untuk menguruskan kerja-kerja menguruskan anak bermula daripada A hingga Z.

"Kebiasaannya, ia memerlukan kerjasama daripada seorang suami," tambahnya.

Beliau memberitahu, perpisahan yang munasabah kerana faktor tugas dan mencari nafkah, ia diharuskan.

"Sebulan dua berpisah itu sudah lumrah dan menjadi kebiasaan bagi mana-mana pasangan. Apa yang penting, pasangan suami isteri itu perlu amanah dan tahu tanggungjawab masing-masing," katanya.



Jelasnya, melalui kecanggihan teknologi seperti telefon dan kewujudan laman sosial berupaya menghubungkan suami isteri yang tinggal berjauhan.

Dalam pada itu, beliau sebenarnya kurang menggalakkan kehidupan PJJ kerana boleh menjejaskan proses mendidik anak-anak.

"Waktu anak masih kecil, memang sesuai didikan itu diberikan kepada ibu. Namun, ketika mereka membesar, ia layak dilakukan bapa.

"Saya kata begitu sebab anak-anak bila besar mereka kurang takut pada ibu. Berbeza dengan bapa yang bersikap lebih tegas," katanya.



Buat suami yang berjauhan dengan isteri lantaran mencari rezeki, cara yang terbaik adalah berusaha atau mencari jalan untuk berpindah dan tinggal bersama isteri.

"Kalau boleh jangan berpisah. Berdasarkan pengalaman dan kes saya dengar, segelintir guru dari Sarawak dan Sabah berhadapan kerosakan rumah tangga angkara orang ketiga hingga berlakunya perceraian.

"Kenapa jadi begitu? Sebab masing-masing ada nafsu. Bila tinggal berjauhan dalam tempoh yang lama, iblis mula mengintai dan mencari jalan untuk mengganggu-gugat manusia," katanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen