Mungkin Kau Akan Kenal Erti Sayang Bila Aku Sudah Pergi…

 

Setiap perhubungan itu ada pahit manisnya. Adakala kita mampu mengawalnya, adakala tidak. Ada pasangan yang mampu bertahan bertahun lamanya dengan kehidupan pahit manis ini, ada pasangan yang kecundang di pertengahan jalan. Semuanya bergantung kepada diri sendiri bagaimana mahu menghadapi situasi-situasi yang tidak diingini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pergaduhan banyak terjadi disebabkan hadirnya orang ketiga. Namun sebagaimana yang sering kita dengar, ‘pintu yang diketuk tidak akan terbuka jika tiada yang membukanya’. Maksudnya jika hubungan dicerobohi orang ketiga, ianya tidak akan terkesan apa-apa jika salah seorang daripada pasangan kita yang memberi jalan atau dengan kata lain ‘melayan’nya.



Apabila berlaku perkara ini, sudah pasti pasangan kita akan sedih dan kecewa, baik lelaki mahupun wanita. Yalah, hubungan yang dijaga, ditatang selama ini kini bakal runtuh dengan kehadiran orang baru. Kebiasaannya apabila berlaku hal sebegini, pasangan yang curang akan kemaruk dengan pasangan barunya sehingga sampai di tahap mahu meninggalkan pasangan sedia ada. Pada masa yang sama dia tidak sedar bahawa kelakuannya telah merobek hati yang benar-benar tulus mencintainya. Ketahuilah bahawa insan terluka ini lebih nekad daripada insan tidak berperasaan itu. Jangan nanti apa bila dia sudah betul-betul move on, anda pula merangkak mencarinya, merayu-rayu minta diterima semula kerana kekasih baru itu sebenarnya tidak seikhlas si dia.



Sudah banyak kisah benar yang berlaku, kita hanya akan lebih menghargai seseorang apabila dia sudah tiada lagi dalam hidup kita. Dari situ baru kita sedar bahawa tiada yang mencintaimu setulus dia, tiada yang menerima kekurangnya sebagaimana dia, tiada yang sanggup susah senang denganmu setanding dia. Janganlah terburu-buru melepaskan apa yang digenggaman kerana yang bakal ganti itu belum tentu sama dengan yang pernah bersama dari awalnya.

Bahkan jangan terus menunggu, kerana pasti akan ada yang lebih baik di hadapan nanti. Orang lebih tahu untuk menghargai dan menyayangi anda dengan lebih baik. Move on… Cari pasangan hidup yang setia, penuh kasih sayang serta tak akan mensia-siakan anda, mereka ini ada di hadapan sedang menanti anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen