Bakal-Bakal Suami, Jangan Sakiti Hati Isterimu Kelak. Kerana Dengannya Kamu Akan Bertambah Rezeki Dan Ketenangkan Hati.

 

Hidup sebagai suami isteri ini perlu saling melengkapi, apa yang pasangan kita kurang kita lah pelengkapnya, begitu juga diri kita ini. Menjalani hidup sebagai suami isteri ini sudah tentu kita ini mempunyai satu tujuan, iaitu ingin mendapatkan kebahagiaan serta keredhaan Allah.



Sebab itu dalam hubungan suami isteri ini, jangan saling menyakiti. Kalau seorang suami menyakiti hati dan derhaka kepada suaminya maka dia akan tergolong dalam wanita nusyuz. Namun begitu, adakah seorang suami ini boleh sewenang-wenangnya menyakiti hati seorang isteri?

Sudah tentu tidak. Ini sedikit perkongsian Ustaz Kazim Elias yang perlu suami isteri hadam bersama-sama.

Semoga bermanfaat.

Semua wajib tahu,

“Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami.
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?”

Ini jawapan Ustaz,

Berdosa jugalah.

Cuma tiada istilah suami derhaka kepada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai derhaka kepada Allah SWT.

Kerana isteri, rezekimu bertambah.

Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.

Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.

Kerana isteri, tenang hati mu.

Kerana isteri, lembutkan pandangan mata mu.

Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, ianya besar bagi dirinya..setiap peluh yang menitik yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda..

Jawab Allah,

Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.

Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

Ku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhiananti teman, disakiti oleh orang yang disayangi.

Wanita makhluk kuat.

Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana Ku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,626 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen