Buat Korang Yang Nak Kahwin Tu, Jangan Ingat Semua Harta Milik Suami Akan Jadi Milik Korang. Cuba Hadam Dulu Penjelasan Ini.

 

Sebab harta orang boleh jadi tamak, sebab harta orang boleh naik hantu. Kalau bab harta ini memang akan rasa tak cukup dan tak faham. Harta ni memang buat orang pening kepala, tapi tanpa harta tiada siapa akan memandang kita.

Selalunya kita akan beranggapan bila seorang suami meninggal dunia, sudah tentu hartanya ini akan menjadi milik isterinya sepenuhnya. Berapa banyak yang suami tinggal, rumah, jumlah dalam account bank serta wang ada dalam KWSP semuanya ingat isteri yang punya.



Rupa-rupanya, ramai-ramai isteri salah faham akan perkara-perkara itu. Tanpa memahami dengan jelas dan hanya faham serta rasa-rasa sahaja membuatkan ramai isteri-isteri menyatakan itu hak mereka, sedangkan…

Mari sama-sama kita ikuti perkongisan Azizul Azli Ahmad ini.

SALAH FAHAM ISTERI TENTANG HARTA?

1. Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.

#Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian dan barulah secara faraid.

2. Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!

#Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.

3. Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.

#Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.

4. Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal. Horeiiiii

#Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.

5. Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.

#Terdapat hak ibubapa suami, bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.

Pesan pada suami tercinta, untuk elak semua harta jadi pusaka dan dibahagikan secara faraid. Buatlah Hibah Bersyarat atau Bertangguh.

"Jika saya dah meninggal semua harta ini kepunyaan awak dan anak".

Azizul Azli Ahmad

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen