Nak Keluar Rumah Bukan Main Lawa & Wangi, Tapi Bila Dekat Rumah Dengan Kain Batik Je. Isteri-Isteri Nak Melawa Tak Salah Tapi Jangan Sampai Tabarruj.

 

Wanita sememangnya sukakan perkara yang cantik-cantik. Sebab itulah mereka ini suka berhias dan berpakaian cantik untuk dilihat. Nak berhias itu tak salah, nak cantik-cantik juga tak salah. Lagi-lagi seorang isteri yang berhias dan berdandan buat suaminya.

Namun begitu, ada had dan batasnya. Mana boleh nak pergi kerja je bukan main nak cantik-cantik, tapi kalau dekat rumah dengan kain batik dia dan baju lusuh, nak pakai minyak wangi lagi jauh sekali.



Mana boleh macam itu, kalau dah kahwin segala kecantikan kita patut suami je tengok, jangan bagi orang lain tengok. Takut nanti mendatangkan fitnah pula.

Sedikit nasihat dari Fridaus Shakirin ini memang patut kita hadam dengan baik.

Mencantikkan diri depan suami dapat pahala dan memang dituntut oleh agama untuk isteri berhias hanya kepada suaminya sahaja…

Zaman sekarang ni, ramai perempuan pandai berhias, kelihatan cantik dan bergaya…tapi mereka kelihatan sedemikian di luar rumah, bukan di dalam rumah…bukan di hadapan suami tapi di hadapan rakan-rakan ofis…

Nak berhias boleh, jangan sampai TABARRUJ…

Tabarruj ni maksudnya berlebihan…berpakaian, berfesyen dan bermekap sehingga menjadi tumpuan orang lain…mekap pakai tebal-tebal, tudung yang paling berkilauan, baju nampak bentuk badan, minyak wangi bau satu jabatan dan sebagainya…

Yang berhak melihat semua tu hanyalah suami seorang sahaja…jangan pertontonkan semua tu untuk orang lain selain daripada suami sendiri…pakai mekap yang biasa-biasa, jangan terlalu berkilauan pakaiannya dan jangan terlalu wangi…cukup sekadar macam tu sahaja sebab awak tu isteri orang…

dan awak datang tempat keje, bukan pertunjukkan fesyen...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen