"Tak Sia-Sia Saya Tolak Cinta Lelaki Honda, Pilih Lelaki Iswara Ini."

 

Harta dan kekayaan itu kadang kala belum tentu menjamin sebuah kebahagiaan buat seseorang. Tetapi jika miliki hati yang baik dan ikhlas menyayangi sudah tentu ia mampu memberi sebuah kebahagiaan buat pasangan hidup.

Mungkin hari ini kita nampak dia tiada apa, tapi siapa tahu esok lusa dia akan miliki segala benda. Dalam mencari jodoh ini, jangan hanya pandang pada harta benda sahaja, tapi pandang juga hati dan keikhlasannya.

Orang kata, pilih pasangan yang sanggup susah dengan kita, tapi bila kita senang kelak dia la yang masih setia si sisi kita.



Bukan kisah fantasi tetapi kisah nyata yang dikongsi oleh Aien Suraya, berdasarkan pengalaman hidupnya ketika masa mula-mula dia memilih cinta hati untuk dijadikan peneman hidupnya.

Bukan kemewahan yang dipandang pada suaminya, sebaliknya keikhlasan sebenar itulah yang menjadi keutamaan. Baik dirinya sebagai wanita, dia perlu terima bakal suami dengan seadanya.



Kisah Aien,

kalau korang nak tahu ini la kereta PROTON ISWARA DAA6464 yang suami saya ada sebelum kami kahwin. Kereta ni menjadi saksi percintaan kami cewahh!! hahaha..

Ini lah yang di panggil susah senang bersama!!

Dari zaman kami bercinta lagi memang kami berdua orang susah, tak sia sia saya tolak cinta lelaki HONDA dan pilih lelaki ISAWRA ni…



Wahai wanita pilih la hati yang ikhlas bukan pilih kemewahan yang ada di depan mata. Kenapa nak pilih jalan mudah kan kalau boleh usaha sama sama. Lagi best perjalanan hidup macam tu. Dapat kenal layanan manusia masa kita susah macam mana. Masa kita senang macam mana pulak layananya, dapat kenal siapa kawan sebenar. Dapat tahu siapa yang ada time kita susah dan senang. Memang banyak pengalaman kita akan dapat.



Pesan Aien lagi,

Jangan risau kalau bf kamu sekarang tak ada apa apa. Ikhlas lah terima dia sekarang. One day kamu akan senang kalau kamu sama sama usaha ingin ubah hidup dan percaya rezeki Allah.

"Rezeki Allah ni tidak cepat tidak lambat tapi tepat pada masa nya."

Hati dan keikhlasan itu akan membawa kebahagiaan tetapi kemewahan itu belum tentu memberi kebahagiaan yang sebenar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen