Buat-Buat Yang Bujang Tu, Nak Tahu Macam Mana Jadi Suami Yang Disayangi Isteri? Jom Baca Ini.

 

Semua orang boleh jadi suami, tapi suami yang bagaimana? Suami yang selepas akad nikah dan tak lakukan apa-apa untuk isterinya? Suami yang hanya nampak salah isteri? Suami yang disayangi suami? Suami yang selalu membuat isteri tersenyum?

Haa… kita nak jadi suami yang mana? Semuanya ada ditangan kita.

Mungkin akan ada yang cakap tugas suami ini paling mudah, cuma perlu kerja keras cari nafkah dan beri keselesaan kepada anak isteri. Betul ke itu je tugas suami?



Tugas suami ini nampak je macam senang dan mudah, tapi di bahunya penuh dengan tanggungjwab keluarga. Tugas sumai ini mungkin tak ramai yang nampak macam tugas isteri.



Kalau isterikan kena masak, urus anak-anak, jaga rumahtangga malah kena pastikan suami terjaga. Tapi tugas suami pula lain.

• Suami adalah orang yang berpenat lelah kumpul duit untuk halalkan pasangan, selepas kahwin dialah juga yang memikirkan cara mendapatkan duit yang cukup untuk keluarganya. Meskipun isterinya bekerja, namun dia sebagai ketua keluarga perlu utamakan semuanya, jika ada yang tidak cukup barulah bantuan isteri diperlukan.

• Suami adalah ketua agama dalam keluarga. Didikan agama untuk isteri dan anak-anak perlu dimulakan oleh suami. Jika dia seorang yang biasa-biasa semasa bujang, selepas kahwin di perlu lebih mendalami agama kerana dia sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu dibimbing dan akan ditanya KELAK. Dia beruntung jika mempunyai isteri yang dalam ilmu agamanya kerana dapat membantu dalam mengajar ilmu rohani itu kepada anak-anak. Sebab itulah orang kata suami isteri itu perlu saling melengkapi.

• Selepas isteri bertarung nyawa untuk lahirkan zuriatnya, suamilah yang perlu menguruskan anak-anak yang lain, sediakan makanan pantang isteri, dan sediakan apa-apa keperluan isteri.

Sebab itu kalau nak jadi suami yang disayangi isteri, kenala tahu perkara-perkara ini. Lagi-lagi masa korang masih bujang lagi. Mula fahami dan dekati diri akan tanggungjawab suami. Baru la lepas kahwin nanti tak terkejut sangat dan sudah biasa.



Sebenarnya tiada istilah susahnya menjadi suami, tetapi menjadi suami bukanlah semudah yang disangka. Mungkin ayatnya lebih kurang sama namun maksudnya berbeza. Jika suami dan isteri saling melengkapi dan saling memahami, tugas dan peranan masing-masing akan lebih mudah dijalankan kerana kebahagiaan dan kasih sayang menjadi tali penguatnya. Dengan hadirnya kebahagiaan, keluhan dan rungutan tidak akan wujud sama sekali. Tahniah buat para suami yang hebat-hebat belaka dan kepada para isteri, tahniah kerana memiliki suami yang hebat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen