5 Tanda Si Dia Bakal Jadi Suami Hebat.

 

Jika anda sedang dalam proses mengenali seorang lelaki, cuba perhatikan sifatnya. Untuk mendapat seorang lelaki sempurna memang bukan mudah. Namun sekurang-kurangnya jika si dia ada lima sifat ini, Insya-ALLAH anda boleh mendapat lelaki hebat sebagai seorang suami.



1. Solat awal waktu.

Ramai orang mendirikan solat namun tidak ramai yang mendirikan solat pada awal waktu. Alangkah bagusnya jika seseorang lelaki itu berada di sejadah sebelum masuk waktu solat. Menunggu azan berkumandang dan terus solat sejurus azan selesai dilaungkan. Jika anda bertemu dengan lelaki sebegini, percayalah bahawa dia mampu menjadi suami yang hebat. Jangan tinggalkan lelaki yang ada ciri-ciri ini. Apabila dia sangat mengambil berat mengenai solat, maka dia memang lelaki yang budiman.

2. Rajin ke masjid.

Lelaki yang ringan kakinya melangkah ke masjid, maka itu adalah salah satu tanda yang amat bagus. Lelaki sebegini merapatkan dirinya dengan ALLAH. Orang lelaki sememangnya disaran supaya selalu ke masjid kerana di sinilah tempatnya untuk mendidik seseorang menjadi lebih penyabar. Janganlah berbangga mempunyai kekasih yang rajin mengajak anda ke pusat beli-belah atau ke panggung wayang. Sebaliknya berbanggalah jika si dia rajin melangkah ke masjid atau sekurang-kurangnya surau.



3. Tidak merokok.

Merokok ialah tabiat yang tiada manfaatnya. Tabiat ini membazirkan wang dan merosakkan kesihatan. Cuba senaraikan manfaat merokok. Tiada satu pun! Lelaki yang tidak merokok boleh jadi seorang lelaki hebat kerana menghargai kesihatannya. Malah menghargai kesihatan individu lain.

4. Pandai cari duit.

Pada hari ini, seseorang itu perlu pandai mencari duit untuk melengkap kehidupan. Dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan, perlu ada pendapatan tetap dan pendapatan sampingan. Ini bukan bermakna seseorang itu tamak tetapi persediaan untuk sebarang kemungkinan. Jika si dia bijak mencari peluang untuk mendapatkan duit secara halal misalnya berniaga pada hujung minggu, mengambil upah membaiki mesin secara sambilan, maka dia boleh jadi calon suami yang baik.



5. Hormat orang lebih tua.

Sifat menghormati orang lebih tua amat penting diambil berat bagi menentukan seorang lelaki itu boleh jadi calon suami hebat. Orang sebegini selalunya berbicara lemah lembut dan tidak meninggikan suara dengan orang lebih tua.

Jika dia bersifat sedemikian, sudah pasti dia akan menghormati ibu bapa anda sebagai keluarga mentuanya nanti. Jika si dia ada sifat ini, jangan lepaskan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen